nuff

Sunday, February 7, 2010

Langkah Awalku ke Kobana


Mencari momentum untuk menulis memang payah. Kalau tak kena masa dan moodnya langsung takde selera nak menulis. Tetapi dakwah sebenarnya mengajar kita menjadi manusia yang beristiqamah dalam apa jua kerja buat kita. Oleh itu aku gagahi juga diri yang kerdil ini untuk berkongsi pengalaman berkonvensyen di Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa.

Pada hari sabtu yg lepas bersamaan 31 Januari 2010 aku dan teman-teman seperjuangan yang dikasihi telah menghadiri KOBANA ringkasan bagi Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna bertempat di Universiti Tenaga Nasinal, Putrajaya. Pelbagai halangan telah kutempuhi terutama dalam usaha untu mendapatkan kenderaan daripada universitiku. Itu belum dihitung lagi proses untuk mengajak kawan-kawan yang lain untuk menyertai sama konvensyen yang sangat bermanfaat ini. Pada malam 30 Januari final list telah disediakan oleh saudaraku Aiman telah aku tatapi. Rasa sedikit sedap hati kerana jumlah pelajar yang ingin menyertai konvensyen ini adalah seramai lebih kurang 30 orang. Pada aku ok la tu kan? Tetapi sebelum itu aku telah mendapat maklumat daripada saudara Aiman (juniorku) bahawa adik2 pelajar baru ada yang berminat tetapi tak dapat pergi kerana ada modul latihan pembangunan kendiri pelajar. Maksudnya sekarang hanya dalam 25 orang sahaja yang akan ikut serta.



Pada pagi hari kejadian iaitu hari nak ke konvensyen aku dan saudara2 yang lain telah bersiap kacak bergaya untuk mendengar pengisian yang sangat berguna bagi aku. Melihatkan tajuk konvensyen itu dan tajuk kertas kerja yang akan dibentangkan sudah cukup meyakinkan aku. Kami dah janji dgn driver bus untuk gerak jam 7.30 pagi. Aku dan saudara2ku sudah terpacak iaitu naim, muhyiddin, hadi dan zikri menunggu namun kelibat seorang daripada 20 orang muslimat yang akan ikut serta tak kunjung tiba. Ada sedikit keresahan di hatiku namun aku diajar untuk husnuzon iaitu sangka baik terhadap sesuatu perkara. Itulah yang selalu diajar oleh asatizah dan murobbi yang selalu aku dampingi. Memikirkan jam sudah 7.15 pagi akh naim telah membuat last call kepada wakil muslimat yang akan ke konvensyen ini sementara akh Aiman yang tidak dapat ikut serta di dalam program ini juga memainkan peranan dgn membuat pengumuman untuk memanggil peserta muslimat. Panggilan Naim telah dijawab oleh salah seorang wakil muslimat. Beliau mengatakan bahawa 20 nama muslimat yang sepatutnya mengikuti konvensyen itu telah membatalkan penyertaan di saat akhir. Aku sedikit terkejut dgn sikap wakil muslimat yang tidak memaklumkan hal ini sedari awal at least pada waktu subuh. Apa pun tarbiyah lah yang berjaya membentuk sikap, disiplin dan peribadi kita. Namun sampai ke saat ini aku sedikit susah menerima bagaimana 20 drpd 20 orang sekaligus tidak dapat hadir. Namun aku tenangkan diriku dgn mengingati ayat di mana kita hanya merancang sesuatu tetapi Allah lah yang menentukan keputusan akhirnya.



Maka berangkatlah kami berlima ke konvensyen dengan 3/4 tempat duduk masih kekosongan.
Sepatutnya malam ni aku nak kongsikan sedikit sebanyak ttg pengalaman berkonvensyen itu tetapi masa selalu bergerak pantas menyebabkan aku tak sempat lagi nak menceritakan input yang kami peroleh hasil perbentangan ustaz2 yang kami kasihi itu. Aku namakan post ini sebagai Langkah Awalku ke Kobana. Nantikan sambungannya pada post yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails