nuff

Saturday, October 31, 2009

Ghazwatul Fikri (Serangan Pemikiran)


Ghazwul Fikri (Serangan Pemikiran) dilakukan oleh orang kafir terutama orang Kristian kepada Ummah Islam. Usaha ghazwul fikri kepada ummah Islam adalah usaha yang sistematik dan dirancang secara kemas sebagai jalan lain dan utama bagi menghancurkan Islam. Ghazwatul Fikri adalah pengganti kepada serangan fizikal yang sentiasa mengalahkan pihak kuffar dan menakutkan mereka sedangkan ummah Islam sentiasa bersedia menghadapi cabaran-cabaran fizikal tersebut semasa seperti semasa perang Salib.

Serangan Salehuddin ke atas Baitul Maqdis

Serangan Salehuddin ke atas Baitul Maqdis


Serangan fizikal yang dilakukan kepada ummah Islam akan menjadikan ummah Islam kuat dan akhirnya menang. Perkara ini telah banyak dibuktikan di dalam sejarah sama ada semenjak Nabi Muhammad SAW atau sejarah Ummah Islam secara umumnya. Dengan tekanan fizikal, Umat Islam menjadi berani kerana Allah SWT dan RasulNya banyak berjanji kepada mereka yang berjihad dimana mereka akan mendapat ganjaran yang sangat banyak. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi, sedangkan pihak kuffar berperang untuk mencari hidup dan takutkan mati. Keadaan puak kafir itu telah menjadikan mereka kalah sebelum berperang.

Orang Kafir berjaya mengalahkan umat Islam dengan menyerang pemikiran mereka, sehingga umat Islam merubah cara berfikir. Umat Islam yang sudah terkena suntikan pemikiran barat atau pemikiran Jahiliyah yang disuntik ke dalam otak umat Islam secara bertahap, pasti akan merubah tingkah lakunya seperti personaliti, gaya hidup, cara berpakaian, pergaulan dan sebagainya. Dengan keadaan ini, maka umat Islam hanya tinggal status sahaja. Muslim tetapi tidak mengamalkan Islam bahkan menyerang Islam pula dengan pemikirannya yang jahil sebagai mangsa dari ghazwatul fikri ini.

Kejatuhan Khilafah Islamiyah sebagai contoh besar kehancuran kerajaan Islam dan juga sebagai kehilangan umat Islam untuk memberikan walanya. Kejatuhan Khilafah Islamiyah dilaksanakan oleh pihak Kristian dan Orientalis mengikut beberapa peringkat.

Orientalis Islam yang telah membersihkan Aceh dari Islam

Orientalis Islam yang telah membersihkan Aceh dari Islam

1) Peringkat sebelum jatuhnya Khilafah

Objektif utama Ghazwatul Fikri sebelum jatuhnya Khilafah Islamiyah adalah menjadikan Umat Islam lemah (al inhilal). Untuk mencapai objektif ini, pihak kafir melakukan kajian terhadap hal ehwal orang-orang di timur dan juga Islam. Kemudian mereka mempelajari ruang-ruang kelemahan Umat Islam (al istisyrok). Langkah berikutnya, kalangan orientalis yang juga adalah pihak kristian berusaha melakukan pengkristianan terhadap Umat Islam (at tansir). Kemudian akhirnya berusaha memutuskan sendi-sendi daulah Khilafah (taqti’ awsal daulah al Khilafah).

Ghazwatul fikri yang sistematik dan bertahap dimulai dengan pengiriman buku-buku dan pakar-pakar orientalism dan kristian ke dalam masyarakat umat Islam. Cara ini bertujuan agar secara perlahan-lahan Umat Islam mempunyai alternatif bacaan dan kemudian dapat dijadikan sebagai rujukan. Penampilan mereka dalam membawa fikrahnya tentulah dengan cara yang menarik sehingga Umat Islam terpikat dan terikat dengannya. Bahkan ada diantara mereka yang hafal al-Quran dan mengenal Islam secara mendalam. Beberapa orang diantara mereka ada yang menjelma sebagai ulama Islam.

Selain itu mereka juga menerima secara terbuka umat Islam yang hendak belajar dengan mereka dalam segala bidang ilmu. Kemudian secara perlahan-lahan mempengarauhi umat Islam dengan berbagai model dan teladan yang dijadikan ikutan. Cara ini cukup berjaya kerana umat Islam memiliki percanggahan keilmuan yang kemudiannya tidak lagi percaya kepada khilafah Islam. Keadaan ini berlaku sebelum kejatuhan Khilafah Islamiyah. Negeri-negeri Islam di bawah Khilafah Islamiyah mulai memutuskan hubungannya dengan kerajaan pusat. Di Kerajaan Pusat pun berlaku dengan muncul Tokoh Sekularisme, Kamal Atartuk yang sehingga ke hari ini senantiasa ada yang memperjuangkan dan mempertahankan fikrahnya.

Khalifah Islam Turki Uthmaniyah Terakhir

Khalifah Islam Turki Uthmaniyah Terakhir

2) Peringkat Ketika Jatuhnya Khilafah

Objektif Ghazwatul fikri berikutnya adalah menjajah Khilafah Islamiyah (al ihtilal). Usaha untuk mencapai objektif ini adalah meneruskan usaha pada marhalah sebelumnya (al istsyrok dan at tansir) kemudian memisahkan agama dari daulah (fasluddin anid daulah) dan menyebarkan semangat nasionalisme (nasyru qowmiyah). Akhirnya dari langkah ini adalah jatuhnya Khilafah (Isqotu al Khilafah).

Pada saat jatuhnya khilafah Islamiyah, usaha pihak kafir adalah menumbuhkan fahaman nasionalis iaitu kefahaman yang berdasarkan kesukuan dan perkauman. Kesatuan umat Islam yang berdasarkan aqidah, penyatuan semua kaum, suku dan golongan kini telah menjadi hancur ke atas kaum dan puak. Umat Islam semakin lemah dam khilafah Islamiyah jatuh. Pemikiran menjauhkan agama dari Kerajaan Islam juga isu utama yang disebarkan kepada umat Islam. Muslim mula berfikir bahawa agama untuk akhirat dan kerajaan untuk dunia, sehingga tidak lagi mementingkan kerajaan atau kuasa tetapi cukuplah sekadar Sholat dan beribadah tanpa menyebut masalah negara.

3) Peringkat Sesudah Jatuh Khilafah

Objektif ghazwatul fikri setelah jatuhnya khilafah Islamiyah adalah perubahan-perubahan (at taghyir) dalam politik (as siyasi), sosial (al ijtima’i) dan tingkah laku (al khuluqi). Perubahan-perubahan ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti seperti :-

  • Istisyrok (Usaha mengkaji hal ehwal orang timur)
  • At tansir (Kristianisasi)
  • La diniyah (Fahaman tiada agama)
  • Kaumiyah (Perkauman)
  • Taghrib (Pembaratan)

Aktiviti-aktiviti tersebut dilaksanakan melalui

  • pendidikan (At ta’alim)
  • media (Al I’lam)
  • perundangan (al Qonun)

Sesudah jatuhnya khilafah Islamiyah, Ghazwatul fikri terus berjalan dengan maksud dan tujuan yang lain dari peringkat sebelumnya iaitu menyebarkan pemikiran sekular di segala bidang seperti pendidikan, pengajaran, penerangan, perundangan dan kehidupan. Juga isu persamaan hak dan pembebasan wanita sebagai isu yang dijadikan peluru dan sekaligus sasaran empuk dalam menghancurkan Islam. Kemudian yang juga sangat dirasakan adalah semakin menguat rasa nasionalis umat Islam di setiap negara Islam.

Oleh itu wahai belia dan beliawanis sekalian.. waspadalah terhadap apa yang berlaku disekelilingmu.. Koreksilah diri sentiasa dan letakkanlah sepenuhnya pengharapan dan pergantungan hanya kepada Allah ta’ala..
Hasbunallah wa Ni’mal Wakil… :)


http://pembinaperlis.wordpress.com/2009/10/13/ghazwatul-fikri-serangan-pemikiran/#more-1227

Thursday, October 29, 2009

Kejayaan Menuntut Pengorbanan

Salam...

Peperiksaan akhir akan menjelang tiba. Kejayaan memang memerlukan pengorbanan. Housemateku, roomateku, classmateku semuanya telah bersiap sedia untuk memuntahkan segala isi pelajaran yang sudah sarat dalam kepala.

Adakah kita semata- mata menghafal ilmu untuk mendapat keputusan yang cemerlang sahaja? sama-sama kita fikirkan. Lagi cantik kalo kita niatkan menuntut ilmu itu kerana Allah s.w.t. Aku juga pernah bersembang dengan beberapa kenalan yg mmg keputusannya setiap semester sentiasa cemerlang. Tapi next semester bila junior nak tanya, jawabnya "abg dah lupa la, kan last sem punya subject, dah dapat A cukup la." Merujuk kepada hadith pertama daripada hadith 40, ringkasnya Rasulullah bersabda bahawa tidak dikira amal sesuatu perkara kecuali dengan niat (kerana Allah).



Kesimpulannya jika kita niat belajar semata-mata untuk exam, maka kita hanya dapat keputusan yang cemerlang sahaja lah. Tapi tanpa kita sedari mungkin keberkatan ilmu dan kekalnya ilmu dalam ingatan kita belum dapat kita pastikan macam mana keadaaannya.
Apapun apa yang saya harapkan adalah cuba kita ubah sedikit niat kita belajar kerana Allah, pasti kita akan dapat lebih daripada keputusan yang cemerlang. Kita dapat rahmat Allah, ganjaran pahala, keberkatan ilmu dan keredhoaanNya. Itu yang paling penting.


Apapun, saya ucapkan selamat berjuang untuk semua, usahalah bersungguh- sungguh. Semoga dapat keputusan yang cemerlang untuk final exam yang sedang menjelang tiba.





Wan Hafiz Shazelan Bin Wan Azman
Pelajar Fakulti Perakaunan
Universiti Teknologi Mara Malaysia

Thursday, October 22, 2009

Kelahiran Baru

Salam alaik...

Blog ini saya lahirkan pada bulan Ramadhan yang lalu insyaAllah sebagai satu wadah untuk kita sama-sama berbincang secara maya. InsyaAllah akan disisipkan bahan-bahan yang mana dapat sedikit sebanyak menambah pengetahuan kita bersama. Disamping itu juga saya membuka ruangan ini untuk adik2 Persatuan Mahasiswa Hadhari UiTM Puncak Perdana khususnya dan warga kolej umumnya untuk mengajukan pendapat, soalan ataupun cadangan yang berkaitan yang mungkin kita tak sempat bersemuka dan mungkin disebabkan kekangan batasan pegaulan yang perlu dijaga (muslimat). Moga2 kelahiran blog ini memberi saya suntikan dan menambah keazaman serta iltizam saya untuk terus berdakwah menuju Rabb Allah s.w.t






Wan Hafiz Shazelan Bin Wan Azman
Pelajar Fakulti Perakaunan
Universiti Teknologi Mara Malaysia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails