nuff

Thursday, February 18, 2010

Cerita Kampungku dan Kaum Nabi Nuh





Kadang-kadang bagi aku suasana dan persekitaran yang terlalu selesa membuatkan aku jadi lalai dan tak produktif. Setibanya aku di kampung halaman terasa ketenangan dan kedamaian suasana desa yang indah permai. Sesekali menggamit memori silamku, sawah indah terbentang, sungai deras mengalir, parit tempat aku bermandi-manda bersama kawan-kawan setelah abis sekolah ugama masih utuh menabur jasa menjadi perantara dan orang tengah di antara sungai dan sawah padi. Jika tiada parit maka matilah pokok-pokok padi di sawah. Sesekali lepas solat asar di kampung aku kadang-kadang mendengar luahan bekas guru-guru pencen yang menghabiskan sisa hidup lebih kepada aktiviti masjid bersama teman-teman tuanya.




Hampir seminggu aku di kampung aku bertanya kepada seorang sahabatku ada tak apa-apa aktiviti berfaedah yang boleh aku sertai. Tapi ramai yang 'off'. Ada yang balik ke kampung isteri dan sebagainya. Tetapi seminggu ini jugak aku merasakan tak senang duduk. Aku asyik terfikir takde ke apa yang boleh aku sumbangkan selain menolong orang tuaku di dapur. Akhirnya semalam hari Rabu aku bersolat maghrib di masjid di kampungku. Biasanya lepas solat aku terus pulang untuk menghabiskan tilawah harianku memandangkan biasanya tiada kuliah maghrib di masjid kampungku ini. Malam ini agak berlainan. Plan asalku telah berubah. Senang cerita tak jadi balik la. Ada kuliah daripada anak kampungku jugak. Pensyarah di Universiti Darul Iman dan lulusan universiti al-azhar Mesir. Boleh kata orang hebat dan berilmu la.

Memang betul orangnya sangat berilmu. Semalam merupakan kuliah pertama beliau. Dimulakan dengan kuliah tafsir al-Quran. Beliau membincangkan tafsir surah nuh yang mana ayat itu menyebut bagaimana nabi nuh menyeru kaumnya dengan berkata "sesungguhnya aku ini diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan kebenaran". Kata nabi nuh yang menyeru kaumnya yang degil, Diriwayatkan daripada ibnu abbas r.a. berkata Rasulullah pernah bersabda ttg nabi nuh yang menyeru ummatnya ketika umur baginda juga 40 tahun. Samalah seperti usia nabi Muhammad diangkat sebagai rasul. Namun tugas nabi nuh menyeru kaumnya bukan sekejap. Baginda berdakwah kepada kaumnya selama lebih kurang 950 tahun. Sehingga baginda mampu membina sebuah kapal di atas bukit atas perintah Allah s.w.t. Ustaz (Prof Madya Mohammad) juga memberitahu fakta di mana kaum nabi nuh lah kaum yang paling awal ingkar pada perintah Allah dengan menyembah patung-patung yang mereka buat dengan tangan-tangan mereka sendiri. Aku juga teringat ttg kisah kaum nabi nuh dalam surah al-haqqah juga sedikit menceritakan tentang keengganan mereka beriman kepada Allah.


Akhirnya ustaz kembali kepada 4 alasan yang telah diberikan oleh kaum nabi nuh mengapa mereka tidak mahu mengikut seruan nabi Allah nuh.

1. Nabi nuh juga manusia biasa sama seperti mereka. Tiada sebab untuk mereka turut patuh pada ajaran yang duibawanya.

2. Pengikut-pengikut nabi nuh adalah daripada kalangan golongan bawahan kerana kebanyakannya adalah kaum petani. Jadi tidak setaraf dengan mereka.

3. Nabi nuh tiada apa-apa keistimewaan yang boleh menyebabkan mereka kagum dengan nabi nuh sedangkan mereka menganggap nabi nuh sebagai orang gila kerana membina bahtera di atas bukit,

4. Kaumnya mengatakan bahawa baginda adalah pendusta besar.


Setiap nabi akan menerima tentangan demi tentangan hebat daripada ummatnya yang tidak beriman. Kita sebagai daei yang menjadi pewaris tugas para rasul juga sebenarnya akan dan sedang bertarung dengan pelbagai mehnah dan cabaran. Maka perlulah kita ikatkan hati-hati kita dengan ikatan akidah yang kuat kepada Allah serta ikata ukhuwwah yang erat sesama muslim agar kita sentiasa diberi kekuatan oleh Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails