nuff

Saturday, June 4, 2011

Kita Harus Ada Seni Halus

Gambar ni kat jambatan kedua segamat.

Hujung minggu ni rasa macam rajin sket nak menulis kat blog ni. biasa la kalo umah kita bersawang kita bersihkan, blog kita pun sama jugak. kalo dah banyak noo habuk ni kena lah bersihkan siket. Pejam celik pejam celik umur penulis telah menjangkau 23 tahun. rasanya tak lah tua sangat pon. Pagi ni aku bersarapan pagi murtabak spesial dekat kedai berhampiran landasan keretapi dengan azim, ex roomate kolej sampana riau UiTM Segamat. Beli murtabak sebijik share 2 orang. bukan sweet ke hape memang murtabak dia besau. tak larat nak ngabiskan.


Panorama petang di bandar segamat



Bercakap pasal seni halus ni bukannya seni kraftangan, ataupun lukisan ataupun apa2 berkaitan dgn art. gambar di atas hanya sekadar hiasan di mana penulis kadang2 memang rajin snap kalo rasa ada panorama menarik di depan mata. takde Dlsr is no metter, nokia ada pon gasak yo la. Yang dimaksudkan seni halus adalah bagaimana kita memperhalusi setiap perbuatan dan sikap kita terhadap orang lain. Sebagai orang bujang penulis memang tinggal sebumbung dengan 7 or 8 orang lagi housemate. setiap orang mesti ada pembawakan dan watak yang tersendiri. itu terpulang. tetapi yang penulis ingin tekankan adalah bagaimana terkesannya atau senang siter bagaimana ALERT nya seseorang itu terhadap persekitarannya. Contohnya bila kita tinggal satu rumah, tong sampah dah penuh. Apa reaction kita terhadap masalah ini. Adakah kita seorang problem solver ataupun kita seorang silent and ignorance person? Ini yang kita perlu persoalkan.

TANGGUNGJAWAB

Sepatutnya kita mesti ada self alarm yang mana ianya adalah naluri ataupun sifat fitrah seorang manusia yang semulajadi. jika kita nampak ada benda kotor kita bersihkan, kalau air masak dah habis kita jerangkan, kalo kita tengok air dalam peti dah kosong kita isikan. sebab apa? yang minum kita jugak. yang mungkin buat sampah kita jugak. takkanlah kita nak memperhambakan kawan kita yang pembersih to settel all those things. this is all about responsibility. Kalau bak kata Ustaz Hasrizal Saiful Islam, erti hidup pada memberi. You have to give and take. don't be like take and leave. Penulis menulis berkaitan topik ini kerana banyak jugak teman2 yang bercerita pada penulis mengatakan yang dia aje kena buat kerja rumah itu dan ini. Dah suruh pun tak buat jugak. Bila penulis berfikir tentang itu, penulis membuat kesimpulan memang ianya berkait rapat dengan tahap kesedaran dan rasa tanggungjawab seseorang.

PEMALAS

mim alif lam sin memang budaya orang kita no matter boys or girl. most of them are all the same but some of them ada la yang rajin. inilah punca hilangnya rasa tanggungjawab. Kalau menghadap komputer malam sampai pagi pun takpe. tapi kalau nak buat kerja-kerja pembersihan dan mengemas rumah mintak ampun ya rabbi. baju tak basuh pun takpe asalkan dapat chatting ngan awek. apa la punya perangai. ini kalau kekasih hati depa tau pun terus resign. ada kawan penulis cerita kat rumah dia tong sampah sampai berulat tadak sapa pon nak buang tapi dia pun sama jugak lah. awat dok tengok ja. pi lah buang sama. aiseh. penulis tepuk dahi.

Suatu hari nanti kita akan mendirikan rumah tangga

KITA BAKAL JADI KETUA

Kalau dah umur menjangkau 23 ni ada kawan kawan penulis dan mendirikan rumah tangga pun. ada yang dah ada anak barangkali. Mak ngan abah penulis juga bernikah pada usia muda iaitu 20 tahun. Jadi bila dah mendirikan rumah tangga kalau kita tak berubah, tetap dengan pembawakan pemalas dan tak bertanggungjawab susah jugak isteri kita. Ada orang dia anggap bila dah berkahwin dia dah jadi ketua keluarga. isterilah jadi assistentnya. alamak, isteri tepuk dahi. Semua perkara nak serahkan pada isteri. beli barang dapur, kemas rumah, masak, jaga anak, lipat lampin, buat susu anak, sidai kain, sapu sampah. Memang lah isteri perlu melakukan tanggungjawab di rumah. tapi depa bukannya robot. Kenalah sama-sama tolong. kalau dapat isteri seorang doktor lagi haru kalau kita ni seorang yang kurang tanggungjawab dan pemalas. aiseh. Pendek kata perkahwinan adalh satu perkongsian hidup, bukannya perhambaan isteri kepada suami semata mata. Setuju sangat sengan moto ERTI HIDUP PADA MEMBERI. i think also you will get what u give kan. hehe. Tuhan tu kan maha Adil

KESIMPULAN
1. Jadilah seorang pemuda/pemudi yang bertanggungjawab mulai sekarang.
2. Tinggalkanlah sifat pemalas kerana ia tidak menguntungkan sesiapa pun.
3. Jangan sampai pasangan hidup kita menyesal kerana silap memilih kita. (ini byk blaku agaknya)
4. rujuk bagaimana rasul bergaul dengan isteri-isteri baginda dan baginda juga rajin membantu even ketika isterinya didapur
5. Seni dalaman ialah hasil daripada didikan iman yang mereflectkan akhlak atau perbuatan scr zahir kita
Penulis rasa bagaimana? Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi. aiseh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails