nuff

Sunday, December 5, 2010

Sheikh Dr Said Ramadhan al Buti di Masjid Negeri Shah Alam




SHAH ALAM 29 Nov- Bertempat di Masjid Negeri iaitu Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah telah menerima kunjungan hormat Tokoh ilmuan besar iaitu Sheikh Dr Said Ramadhan al Buti dan beliau telah meninggalkan beberapa butir mutiara yg boleh dijadikan pedoman .

Mengenai biodata Dr Said. Untuk pengetahuan saudara/ri sekelian beliau di lahirkan di Negara Turki di perkampungan yg bernama ‘Jilka’ pada tahun 1929.Beliau mula belajar agama di Universiti Al-Azhar Mesir sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu Phd. Sehingga kini beliau telah menulis lebih kurang 40 buah buku dan yang masyur ialah ‘Fiqh Sirah’ yg menjadi rujukan seluruh dunia.

Saya sendiri berkesempatan melihat sendiri tokoh ini yg sebelum ini hanya saya kenali melalui pembacaan buku-buku karangan beliau iaitu Fiqh Sirah namun kali ini dapat berjumpa dalam keadaan yg dekat. Syukur pada Allah kerana mengurniakan kesempatan ini untuk saya.


Satu perkara lagi yang menarik tentang beliau adalah perwatakan yang tawaduk dan sangat berhikmah dalam menyampaikan saranan beliau.

Untuk Pengetahuan pembaca tajuk kuliah yang telah disampaikan pada malam tersebut ialah:

TAJUK: Jihad & Cara Menegakkan Daulah Islamiyyah

Petikan Kuliah as-Syeikh:

1. Umat Islam terlalu sibuk dengan perkara furu' (cabang) sehingga terlupa dan meninggalkan cita-cita besar untuk mengembalikan semula daulah Islam. Katanya lagi umat Islam perlu kembali kepada method fikrah yang sebagai muslim yang sebenar yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t dan telah disampaikan oleh baginda junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Ia memerlukan seorang muslim itu mengkaji bagaimana perjalanan sirah Nabi Muhammad dan para sahabat yang mana baginda telah dididik secara langsung oleh Allah s.w.t. Tambahnya lagi umat Islam juga perlu meneliti dan mengkaji bagaimana sifat, sikap dan akhlak generasi pertama juga melihat wasilah dakwah yang telah digunakan.

2. Jihad yang paling penting ialah jihad melawan nafsu dan syaitan yang membelenggu diri kita. Ini sangat penting kerana bermula dari sini kita membina peribadi Individu Muslim kemudian akan terbina Bait Muslim seterusnya masyarakat, negara dan sehinggalah peringkat yang seterusnya.

Mengenai tajuk kita yg berkisar tentang penegakan daulah Islam, sebenarnya para sahabat yang bersama Rasulullah di Makkah tidak pernah terlintas pun dalam pemikiran mereka tentang akan berlakunya penegakan sebuah negara Islam. Mereka hanya memperkukuhkan akidah dan keyakinan mereka kepada Allah dalam menerima seksaan dan tribulasi yang telah dikenakan musyrikin mekah terhadap mereka.

Akhirnya Allah telah memerintahkan Rasulullah dan umat Islam yg menerima seksaan di Mekah supaya berhijrah ke Madinah. Jelas ianya adalah satu arahan daripada Allah dan mereka akur walaupun berat hati mereka terpaksa meninggalkan anak, isteri, rumah dan harta benda mereka di Mekah untuk berhijrah ke Madinah. Mereka mengikut hijrah seperti yang dirancang Rasulullah untuk mentahkidkan arahan daripada Allah Rabbul Jalil walaupun belum tahu bagaimana untung nasib mereka di sana.

3. Ketika tiba di Madinah atas dasar persaudaraan yang hanya diletakkan kerana Allah kaum Ansar di Madinah dengan rela hati menyambut riang kedatangan rombongan kaum Muhajirin daripada Makkah. Ini kerana mereka telah mentahkidkan ubudiyyah dalam hati mereka yang begitu kuat sehingga melahirkan pengorbanan yang tinggi demi menegakkan syiar agama Allah s.w.t.

Apa yang penting yang ditekankan oleh as-syeikh ialah kejayaan Rasulullah telah menegakkan negara Islam Madinah adalah HADIAH daripada Allah s.w.t atas kesungguhan sahabat menerima taklif daripada Allah iaitu pertama, kesanggupan golongan Muhajirin yg meninggalkan semua anak, isteri dan harta mereka demi menyelamatkan akidah mereka dan kedua, kesanggupan golongan Ansar yang menerima dan meredhai kehadiran Muhajirin dan melayan mereka dengan penuh kasih sayang dan sanggup mengorbankan harta mereka, ada yg sanggup menceraikan isteri untuk diberi salah seorangnya kepada golongan Muhajir.

Sesungguhnya Allah telah mempertautkan hati mereka dan memperkukuhkan tali persaudaraan antara Muhajir dan Ansar atas dasar ubudiyaah kepada Allah agar syaitan tidak dapat merenggangkannya dengan mencucuk jarum permusuhan dan kebencian.

4.Wujudnya Daulah Islamiyyah semasa kebangkitan Islam merupakan janji Allah kepada mereka yang berkorban jiwa raga, anak isteri dan seumpamanya. Sebagaimana firman Allah yg bermaksud “ Kami akan gantikan keadaan takut mereka kepada keamanan”. Ini janji dan hadiah daripada Allah.
Kemudian, saat Daulah Islamiyyah mencapai kemuncak 2 perkara yg penting perlu kita kaji, selidiki, amati dan praktik dalam diri masing-masing, perkara tersebut ialah:

a. Wazifah.(Pangkat)
b. Hadiah.

.Sekiranya kita bertanyakan kepada 4 Khalifah agung, pernahkan mereka bermimpi untuk mendapatkan wazifah sebagai pemimpin selepas wafatnya Nabi Muhammad saw, ternyata tidak sama sekali. Ini semua ketentuan Allah.

Ini kerana mereka telah mentahkidkan ubudiyah dalam jiwa mereka sehingga pangkat dan hadiah tidak pun menjadi perkara yang terlintas dalam benak fikiran mereka. Semuanya dilakukan demi mendapat keredhaan Allah.

5. Bercakap mengenai penegakan daulah dala dunia realiti hari ini katanya lagi DAULAH ISLAM DILAHIRKAN BILA STABILNYA KEADAAN UMMAT. Ini sangat membuka mata saya sendiri dan meyakinkan saya bahawa penegakan daulah boleh diibaratkan seperti mendirikan sebuah rumah. Sebelum membina rumah mestilah memastikan tapak rumah telah dibina kuat dan kukuh. Jadi bila nak pancang tiang dan nak ikat bata tak berlaku isu tanah turun, atau rumah senget. Begitulah yang boleh dikiaskan dengan daulah. Jika Islam mendapat kuasa pada hari ini tetapi dengan keadaan umat Islam hari ini yang membimbangkan tak banyak benda yang kita boleh buat. Sesungguhnya Islam bukanlah agama yang terburu - buru dan orang yang bersikap terburu-buru mewarisi sikap syaitan.

Akhirnya kata beliau lagi kita tahu masalah daulah yang telah hilang sepenuhnya hari ini. Ia terjadi kerana kesilapan kita sendiri yang leka. Daulah yang dibina Rasulullah sangat kuat kerana baginda mentahkidkan mardhotillah tetapi bukan hanya mengimpikan daulah sahaja.

Katanya lagi kita sepatutnya sedar kesilapan kita dan umat islam perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita kepada Allah iaitu kembali kpd ajaran Islam yg sebenar. Kita sekarang perlu mengambil kembali HIKMAH kita yang telah hilang. Umat Islam juga perlu mengikuti bagaimana sikap golongan generasi pertama yang mentahkidkan ubudiyah dan hak dalam diri mereka.

Langkah penting sebelum bermimpi untuk menegakkan daulah adalah mendidik diri, keluarga dan masyarakat . Umat Islam perlu mengambil tanggungjawab mengetuk hati-hati mereka kepada ubudiyah. Keadaan umat yang bercakaran sesama sendiri juga boleh membahayakan saf-saf Islam.

Katanya lagi dalam mengimpikan daulah ialah " manusia sibuk dengan masalah penutup, tetapi bekas pun kita belum ada". Lebih baik mengukuhkan tauhid dgn ubudiyah kepada Allah dan jika perkara ini telah selesai barulah kita bercakap tentang perkara yang lebih besar. kita takut umat Islam terlalu banyak berangan tapi tak buat kerja. Tapi sudah pasti kita perlu melakukan sesuatu demi menegakkan kembali daulah Islamiyah yg telah hilang sepenuhnya.

Saya bertaubat kepada Allah dan memohon maaf jika ada kesilapan...




WAN HAFIZ SHAZELAN BIN WAN AZMAN
Mahasiswa Fakulti Perakaunan,
Universiti Teknologi MARA.






2 comments:

  1. SALAM TUAN,MINTA IZIN UNTUK SHARE ARTIKEL NI.

    ReplyDelete
  2. amat dialu-alukan abu daniel asalkan disertakan bersama rujukan drpd bahteraiman88.blogspot. Smoga memberi manfaat kpd umum.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails