nuff

Wednesday, November 25, 2009

GEGAR!!! Kem Lepasan SPM kembali lagi!!!

Salam sejahtera semua..

satu hebahan penting kepada semua..

ANDA ada adik baru lepas ambik SPM thn ni?

ANDA ada junior2 di sekolah yang baru lepas SPM?

ANDA ada adik kepada kawan2 ANDA yang baru lepas SPM?

ANDA ada sahabat kepada adik kawan ANDA yang mempunyai kawan2nya di sekolah yang sudah melalui peperiksaan SPM ?

ANDA sendiri sedang menduduki SPM,dan masih terpinga-pinga,blur,kelabu pekat,silau tentang masa depan,ke mana hala tuju dan arah yang perlu diikuti?

Jika ANDA IALAH "ANDA' DI ATAS,ANDALAH YANG KAMI CARI!-

Teruskan Membaca hingga akhir entry,pasti ANDA tak rugi,dunia akhirat InsyaALlah!

Persoalan2 bagi para pelajar sejurus selepas SPM :

Course apakah yang terbaik beradasarkan sifat,karakter dan keupayaan diri ?

Di manakah tempat terbaik untuk menyambung pelajaran?

BAGAIMANA anda hendak mencari peluang2 untuk mendapat tempat di Uni2 terbaik di dalam atau di luar negara?

APAKAH prosedur2 untuk MEMOHON?apa tips2nya?

DARI MANAKAH tajaan2 serta biasiswa2 boleh dipohon?apa lubang2 yang ada?

Siapakah orang yang dapat dikongsi dan diminta pendapat berkenaan jurusan2 yang ditawarkan?

TEMUI KAMI SECARA LIVE....

MEREKA YANG TELAH BERJAYA MENEMPUH ALAM UNIVERSITI...

DARI DALAM NEGARA & LUAR NEGARA..

INILAH....

Program yang dinanti2kan para lepasan SPM...

didatangkan lagi pada tahun ini-siri ke 5

JAWAPAN kepada semua persoalan di atas,segalanya akan dikupas satu persatu...pasti ANDA AKAN MENEMUI JAWAPANNYA!

________________________________________________________________

"Kem Lepasan SPM 2009"

Dengan izinNya,satu-satunya Program yang pasti membawa anda ke satu dimensi baru,perspektif yang bakal mencorak masa depan anda yang lebih cemerlang dan terpandu,dengan satu matlamat yang jelas!

Ayuh!

klik gambar utk paparan jelas

akan menggegarkan ANDA pada :
25 - 27 DISEMBER 2009
bertempat di :
Kem NUR SUNGAI MERAB,KAJANG

Yuran penyertaan :

RM80. SHJ

(termasuk kos tempat tinggal,transport dr pick point,bahan2 kursus,makan minum,Sijil penyertaan)



Anjuran :

PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL(PEMBINA)

penyertaan terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM,tetapi jumlah hanya terhad kepada 100 tempat sahaja.

**Pakej diskaun yang menarik akan diberikan kepada pendaftaran secara berkelompok

DAFTARLAH SEKARANG!!!

HUBUNGI wakil KAMI :

EN.FAIRUL : 013-6616676

PN.NORLI : 013-6618698

@tau tinggalkan pesanan anda (email anda) di ruangan komen/chat box,kami akan hubungi anda secepat mungkin.

Thursday, November 12, 2009

Selesai Sudah

Akhirnya selesai sudah final examku pada hari ini. InsyaAllah segala penat lelah belajar akan mendapat imbalan yang setimpal. Saya dah x larat nak tulis panjang2 lagi. Cukuplah setakat ini dulu.




Apa yang penting jangan lupa memanjatkan kesyukuran kita kehadrat Ilahi atas pertolonganNya disamping usaha kita sendiri jugak. Gambate utk kawan2 semua. Semoga memperoleh keputusan yang cemerlang InsyaAllah. AMEEN......


Balik kampong la pulok!!!

Saturday, November 7, 2009

Bencana Alam Pengajaran Buat Yang Mahu Berfikir


Pada tanggal 30 September 2009 rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu gempa bumi berukuran 7.6 skala Richter telah mengegar Padang di pulau Sumatera Indonesia yang mengakibatkan 704 mangsa mati { lebih 1000 kematian telah dicatatkan pada 15 Oktober} dan sehingga 4,000 terperangkap di bawah runtuhan. Selang beberapa jam satu gegaran sekuat 7.0 pada skala Richter telah mengegar bahagian selatan Sumatera. Sebelum kejadian tersebut diberitakan pada 29 September telah berlaku tsunami ekoran gempa bumi 8.0 skla Ricter di Samoa yang membunuh hampir 200 nyawa sementara beratus-ratus dilaporkan hilang. Tsunami turut melanda Tonga di Kepulauan Pasifik yang mengorbankan 177 nyawa. Kemudian beberapa siri gegaran turut dilaporkan selepas itu termasuk di Mexico {5.6 skala Richter} Taiwan serta Filipina masing-masing dengan kekuatan 6.3 skala Richter.

Sainstis menyatakan bahawa gempa bumi besar di wilayah itu berlaku disebabkan geseran plat Indo-Australia dan plat tektonik Erusia yang bergerak menghala satu sama lain pada kadar sehingga enam sentimeter setiap tahun.


Semua berlaku dengan izin Allah…..

Walaubagaimanapun teori (kadang-kadangnya silap) yang dikemukan oleh ahli saintis terhadap fenomena yang berlaku namun yang jelasnya bagi aqidah kita, semua yang berlaku berada di bawah kekuasaan dan pengetahuan Allah. Semua telah ditentukan, bumi bergoncang, angin bertiup bahkan bilakah berlaku gempa bumi, di wilayah mana, kekuatan berapa, berapa mangsa yang meninggal, berapa yang terselamat dan tercedera.

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang gaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz).” { al Ana’am : 59}


Pengajaran kepada manusia

Bagi setiap mu’min segala peristiwa hendaklah diperhatian, jangan butakan mata serta matahati dengan tak ambil kisah apatah lagi ianya berlaku di tempat orang lain. Mu’min yang peka mesti mengambil I’tibar dan pengajaran ke atas semua yang berlaku mudah-mudahan ianya member manfaat untuk dirinya sendiri dan juga kepada masyarakat secara umumnya.

1. Apabila sesuatu kadar yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t akan berlaku ianya akan berlaku tanpa ada kuasa lain yang akan menahannya. Dengan Kun Fayakun maka bergoncanglah bumi, air sungai melimpah serta bangunan jatuh menyembah bumi.
2.Supaya manusia tahu tentang hakikat dirinya sendiri, jangan tertipu dengan kehebatan ilmu yang dimiliki sehingga ada yang sombong seolah-olah boleh menguasai undang-undang alam. Dengan berlakunya beberapa siri bencana alam sepatutnya para saintis berfikir bahawa ada kuasa yang mengatasi semua ilmu manusia bahkan apa yang mereka ada hanyalah sedikit sahaja. Manusia sebenarnya makhluk lemah yang tidak dapat melakukan semua benda untuk menyelamatkan dirinya sendiri. Betullah seperti apa yang dikatakan oleh Saidina Ali : “malang sekali nasib anak Adam, ia disakiti oleh seranggan mikro, dibunuh oleh angin panas yang datang dari Afrika dan dilemahkan oleh peluhnya sendiri. “Manusia dijadikan bersifat lemah.” {an Nisa’ : 28}
3.Manusia sepatutnya lebih arif tentang nilai dunia yang menjadi rebutan. Ianya seolah lalat yang mengerumi sampah sarap yang tidak berguna langsung. Dunia yang menjadi rebutan akan hilang dalam sekelip mata sahaja, manusia berada di dalam istana impiannya tetapi tidak mengetahui bahawa sekejap lagi istana tersebut akan dihanyutkan di dalam banjir besar yang akan datang. Manusia menjangkakan akan terselamat tetapi sebenarnya maut lebih hampir dari tengkoknya.
4.Mengingatkan tentang kedahsyatan hari Qiamat , kalaulah gegaran 5-9 skala Richter hanya beberapa saat, apakata kalau 10-20 skala Richter dalam beberapa minit. “Maka jadilah gunung-gunung seperti kapas yang berterbangan ditiup angin.” Saat yang sangat genting dan menakutkan sekali sehingga Allah mengambarkan apabila tibanya waktu itu ibu-ibu akan meninggalkan anak yang sedang menyusu, bayi-bayi di dalam kandungan akan keguguran, mungkin tertanya oleh kita hari apakah itu? Itulah hari penghabisan dunia bila ianya berlaku maka kekuatannya berkali-kali ganda.

Bencana dan maksiat

Secara umumnya ramai di kalangan manusia yang tidak beriman menganggapkan setiap bencana alam yang melanda dunia adalah semata-mata fenomena alam, tiada kaitan secara langsung atau tidak langsung terhadap tindakan dan amalan manusia. Balasan terhadap amalan dunia hanya akan diterima di akhirat bukannya di dunia.

Sebenarnya ini adalah satu sangkaan yang salah dan bertentangan dengan nas al Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Allah s.w.t telah menjelaskan di dalam al Quran bagaimana sebuah kampung akan dilanda musibah hanya disebabkan amalan maksiat yang dilakukan oleh penduduk kampung tersebut

“Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk) nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.” {an Nahl : 112}


Allah telah memberi segala kesenangan dan kemewahan kepada manusia tetapi apakah balasan manusia terhadap tuhannya? Mereka semakin ganas gara-gara mengikut hawa nafsu. Lalu apakah balasan dari Allah? Lebih baik merampas kembali pemberiaan dengan mendatangkan bala seumpama kelaparan dan ketakutan.

Bala bukan sahaja melalui bencana alam seperti yang berlaku kepada kaum Nabi Lut a.s, bahkan ianya juga mungkin terjadi dengan ketakutan dan keresahan yang membelenggu masyarakat. Kebimbangan terhadap keselamatan nyawa, ahli keluarga, serta kehilangan harta benda sebenarnya itu adalah satu bala.

“Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, “. {Taha : 124}

Menurut Syeikh Yusuf al Qardhawi akibat daripada manusia meninggalkan syariah yang diturunkan oleh Allah bahkan menentangnya maka Allah telah menurunkan bala ketakutan yang menyelubungi kehidupan manusia hari ini. Semuanya berpunca dari maksiat yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia sendiri.

Golongan salafussoleh yang terdahulu apabila datangnya musibah, kepayahan dan kesusahan mereka akan beristighfar memohon ampun kerana bimbang kelalaiannya yang menyebabkan turunnya musibah dari Allah s.w.t. Allah telah menceritakan tentang doa Nabi Adam ketika diperintahkan turun ke bumi .

“Wahai tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami, jika sekiranya kamu tidak mengampuni kami maka termasuklah kami di kalangan orang-orang yang rugi.”


Oleh itu saya menyeru kepada diri saya sendiri dan juga kepada sahabat-sahabat supaya sentiasa muhasabah diri tentang kelalaian yang telah dilakukan. Hisablah diri masing-masing terhadap tanggungjawab kita terhadap Allah, adakah kita telah laksanakan sebaik-baik perlaksanaan tanggongjawab hamba terhadap penciptanya? Tanggongjawab dakwah adakah kita telah melaksanakan tanggongjawab sebagai dai untuk menyelamatkan umat dari kehancuran dan kebinasaan? Kalau belum lagi kita bimbang kelalaian itulah penyebab kepada bencana yang melanda umat sekarang ini.


http://ismaterengganu.wordpress.com/

Thursday, November 5, 2009

Jadilah seperti lebah


Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya) .” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)

Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat-sifat unggul. Sifat-sifat itu membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan manusia lain. Sehingga di mana pun dia berada, kemana pun dia pergi, apa yang dia lakukan, peranan dan tugas apa pun yang dia pikul akan selalu membawa manfaat dan maslahat(kebaikan) bagi manusia lain. Maka jadilah dia orang yang seperti dijelaskan Rasulullah saw., “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”


Untuk menjadikan kehidupan ini agar menjadi indah, menyenangkan, dan sejahtera sangat memerlukann manusia-manusia seperti itu. Dalam keadaan apa sekalipun, dia akan membuat yang terbaik; apa pun peranan dan tugas yang diberikannya, dia akan menjadi manusia dan keadaan di sekelilingnya menjadi bahagia dan sejahtera.
Maka, sifat-sifat yang baik itu antara lain terdapat pada lebah. Rasulullah saw. dengan pernyataanya dalam hadits di atas mengisyaratkan agar kita meniru sifat-sifat positif yang dimiliki oleh lebah.

Tentu saja, sifat-sifat itu sendiri memang merupakan ilham dari Allah swt. seperti yang Dia firmankan, “Dan Rabbmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabbmu yang telah dimudahkan (bagimu).’ Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan.” (An-Nahl: 68-69)
Sekarang, bandingkanlah apa yang dilakukan lebah dengan apa yang seharusnya dilakukan oleh seorang mukmin, contohnya seperti ini:
Hinggap di tempat yang bersih dan menghirup apa hanya yang bersih sahaja.


Lebah hanya hinggap di tempat-tempat terpilih sahaja. Lebah sangat jauh berbeza dengan lalat. Lalat sangat mudah ditemui di tempat sampah, kotoran, dan tempat-tempat yang berbau busuk. Tapi lebah, ia hanya akan mendatangi bunga-bunga atau buah-buahan atau tempat-tempat bersih yang mengandungi bahan madu atau nektar.
Begitulah pula sifat seorang mukmin. Allah swt. berfirman:

Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 168)

(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-A’raf: 157)

Mengeluarkan yang bersih.
Siapa yang tidak tahu madu lebah. Semuanya tahu bahawa madu mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan manusia. Tapi dari organ tubuh manakah keluarnya madu itu? Itulah salah satu keistimewaan lebah. Lebah sangat kaya dengan kebaikan,sedangkan dari organ tubuh pada binatang lain, mereka hanya mengeluarkan sesuatu yang menjijikan.
Begitu juga seorang mukmin, kita haruslah menjadi manusia yang produktif dengan kebaikan. “Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu dan perbuatlah kebajikan (khair), supaya kamu mendapat kemenangan.” (Al-Hajj: 77)

Al-khair adalah kebaikan atau kebajikan. Akan tetapi al-khair dalam ayat di atas bukan merujuk pada kebaikan dalam bentuk ibadah ritual. Sebab, perintah ke arah ibadah ritual sudah terwakili dengan kalimat “rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu” (irka’u, wasjudu, wa’budu rabbakum). Al-khair di dalam ayat itu justru bermakna kebaikan atau kebajikan yang buahnya dirasakan oleh manusia dan makhluk lainnya.


Segala yang keluar dari dirinya adalah kebaikan. Hatinya jauh dari prasangka buruk, iri, dengki; lidahnya tidak mengeluarkan kata-kata kecuali yang baik; perilakunya tidak menyengsarakan orang lain melainkan justru membahagiakan; hartanya bermanfaat bagi banyak manusia; kalau dia berkuasa atau memegang amanah tertentu, dimanfaatkannya untuk sebesar-besar kemanfaat manusia.
Tidak pernah merosakkan
Seperti yang disebutkan dalam hadits yang sedang kita bahas ini, lebah tidak pernah merosak atau mematahkan ranting yang dia hinggapi. Begitulah seorang mukmin. Dia tidak pernah melakukan kerosakan dalam apa-apa hal sekalipun: baik secara fizikal mahupun tidak.. Bahkan dia melakukan pembaikan akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah. Mengubah kezaliman apa pun bentuknya dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu.

Bekerja keras
Lebah adalah pekerja yang bekerja keras. Ketika muncul pertama kali dari biliknya (saat “menetas”), lebah pekerja membersihkan bilik sarangnya untuk telur baru dan setelah berumur tiga hari ia memberi makan larva, dengan membawakan serbuk sari madu. Dan begitulah, hari-harinya penuh semangat berkarya dan beramal. Bukankah Allah pun memerintahkan umat mukmin untuk bekerja keras? “Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.” (Alam Nasyrah: 7)
Kerja keras dan semangat pantang berundur itu lebih-lebih lagi dituntut lagi dalam menegakkan keadilan. Karena, meskipun memang ramai manusia yang cinta keadilan, namun kebanyakan manusia –kecuali yang mendapat rahmat Allah– tidak suka jika dirinya rugi dalam menegakkan keadilan.


Bekerja secara jama’i dan tunduk pada satu pimpinan
Lebah selalu hidup dalam koloni besar, tidak pernah menyendiri. Mereka pun bekerja secara kolektif, dan masing-masing mempunyai tugas sendiri-sendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil teman-temannya untuk menghisapnya. Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu zat kimia yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat tertentu) untuk mengudang teman-temannya agar membantu dirinya. Itulah seharusnya sikap orang-orang beriman. “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.” (Ash-Shaff: 4)

Tidak pernah melukai kecuali kalau diganggu
Lebah tidak pernah memulakan serangan. Ia akan menyerang hanya manakala apabila terasa diganggu atau terancam. Dan untuk mempertahankan “kehormatan” umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang. Sikap seorang mukmin: musuh tidak dicari. Tapi jika ada, tidak lari.
Itulah beberapa karakter lebah yang patut ditiru oleh orang-orang beriman. Bukanlah sia-sia Allah menyebut-nyebut dan mengabadikan binatang kecil itu dalam Al-Quran sebagai salah satu nama surah: An-Nahl. Allahu a’lam

www.mengemiskasih. wordpress. com
www.pelembuthati. wordpress. com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails