nuff

Thursday, October 29, 2009

Kejayaan Menuntut Pengorbanan

Salam...

Peperiksaan akhir akan menjelang tiba. Kejayaan memang memerlukan pengorbanan. Housemateku, roomateku, classmateku semuanya telah bersiap sedia untuk memuntahkan segala isi pelajaran yang sudah sarat dalam kepala.

Adakah kita semata- mata menghafal ilmu untuk mendapat keputusan yang cemerlang sahaja? sama-sama kita fikirkan. Lagi cantik kalo kita niatkan menuntut ilmu itu kerana Allah s.w.t. Aku juga pernah bersembang dengan beberapa kenalan yg mmg keputusannya setiap semester sentiasa cemerlang. Tapi next semester bila junior nak tanya, jawabnya "abg dah lupa la, kan last sem punya subject, dah dapat A cukup la." Merujuk kepada hadith pertama daripada hadith 40, ringkasnya Rasulullah bersabda bahawa tidak dikira amal sesuatu perkara kecuali dengan niat (kerana Allah).



Kesimpulannya jika kita niat belajar semata-mata untuk exam, maka kita hanya dapat keputusan yang cemerlang sahaja lah. Tapi tanpa kita sedari mungkin keberkatan ilmu dan kekalnya ilmu dalam ingatan kita belum dapat kita pastikan macam mana keadaaannya.
Apapun apa yang saya harapkan adalah cuba kita ubah sedikit niat kita belajar kerana Allah, pasti kita akan dapat lebih daripada keputusan yang cemerlang. Kita dapat rahmat Allah, ganjaran pahala, keberkatan ilmu dan keredhoaanNya. Itu yang paling penting.


Apapun, saya ucapkan selamat berjuang untuk semua, usahalah bersungguh- sungguh. Semoga dapat keputusan yang cemerlang untuk final exam yang sedang menjelang tiba.





Wan Hafiz Shazelan Bin Wan Azman
Pelajar Fakulti Perakaunan
Universiti Teknologi Mara Malaysia

3 comments:

  1. Bila difikir fikir semula ada betulnya kata saudara tu, itulah yang sering terjadi di sekeliling kita ketika ini, sejauh mana ilmu itu akan diaplikasikan hanya Allah yang maha mengetahui.ana juga tidak telepas dari situasi ini. benar kata saudara seharusnya niat untuk menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah, tapi apa yang boleh kita harapkan adalah keadaan ini akan bruba dan sekalius kita mendapat keredhaan Allah dalam apa juga an kita lakukan.

    ReplyDelete
  2. salam alaik.
    terima ksih utk peringatan.
    sama2 kita betulkan niat untuk menuntut ilmu kerana Allah SWT.
    p/s : nice picture.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    nice post. anyway, cantik gambar dalam post tu. tuan die dah tau ke?hehe.

    Apa-apa pun, memang betul, belajar kena ikhlas, biar kerana Allah.. bkn sebab nak lulus exam je

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails