nuff

Saturday, July 24, 2010

Konsert Demimu Al-Aqsa dan Jaulah Isma Melaka




Sesungguhnya pada Allah jualah kita panjatkan kesyukuran. Lantaran nikmat dan rahmat Allah yang tidak terhingga kita masih mampu menghirup oksigen yang hanya percuma disediakan oleh Allah s.w.t. Tak pernahkah kita bayangkan jika Allah berkira dan tak pernahkah kita imiginasikan kalau kita mesti beli oksigen untuk meneruskan hidup sepertimana kita beli petrol untuk menghidupkan kenderaan. Sudah lama saya dan pembaca tidak bersua di alam maya ini. Moga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membuka ruang minda kita dan menghargai erti kehidupan. Bak kata ustaz Hasrizal, erti hidup pada memberi. Kalau tak silap la ye.

Alhamdulillah sepanjang 3 minggu berada di UiTM Segamat ini akhirnya diri ini sudah mampu mengadaptasi persekitaran dan kehidupan sebagai seorang mahasiswa di daerah yang agak terpencil ini. Namun sudah pasti ianya menyajikan suatu pengalaman yang luar biasa. Berlatar belakangkan Gunung Ledang yang mempersonakan, jauh dari hiruk pikuk kota Segamat mengajar suatu pengalaman baru pada diriku. Ia juga menjadi sumber inspirasi bagiku yang pastinya berjauhan dengan keluarga di Terengganu untuk terus mencipta sejarah dalam mencapai kecemerlangan dalam akademik. Doakan.

Pada hari Sabtu minggu lepas saya telah berkesempatan mengikuti rombongan Isma Melaka ke Konsert Demimu Al-Aqsa yang telah berlangsung di Stadium Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Romb0ngan telah bertolak dari Multimedia Universiti, Melaka pada jam 6 petang dan tiba di Nilai sekitar jam 7.15 petang. Sebahagian dari kami solat jamak taqdim di Masjid Nilai yang tersergam indah manakala sebahagian lagi mengambil keputusan untuk jamak takhir. Konsert Demimu Al-Aqsa telah dimulakan sekitar jam 8.30 malam.

Stadium Nilai telah dipenuhi lebih 3,000 orang penonton yang datang dari seluruh negara untuk menyaksikan konsert tersebut. Ianya telah diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan In Team, Mestica dan pasukan nasyid dari seberang iaitu tidak asing lagi kumpulan Shoutul Harokah. Konsert juga telah ditambah seri lagi dengan deklamasi sajak oleh Puan Anisah dan Prof Lim Swee Tin yang memabawa sebentar minda penonton berlegar di sekitar bumi Palestin. Pidato yang telah disampaikan oleh Encik Zaizul Azizi, selaku Ketua Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) juga begitu bersemangat ditambah pula dengan ucapan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad merangkap Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Saya dan kawan-kawan amat teruja dengan anjuran konsert yang sebegini rupa yang sedikit sebanyak sebenarnya selari dengan jiwa remaja dan darah muda. Pastinya wasilah dakwah kepada masyarakat itu ada pelbagai cara. Namun islam juga tidak menghalang umatnya terhibur selagi mana ia masih selari dengan landasan syariat dan tidak melampaui batas-batas syariat. Dengan pengagihan kawasan penonton lelaki dan perempuan ia telah menunjukkan sedikit kelainan daripada konsert-konsert yang biasa diadakan. Inilah yang sepatutnya diberi penekanan agar batas pergaulan dijaga dan berhiburlah selagi lagu-lagu yang disampaikan menyampaikan mesej yang baik kepada penonton.

Saat manis yang tidak dapat dilupakan adalah apabila dapat berkumpul dan berjumpa dengan saudara seperjuangan di konsert ini. Terubat la jugak rindu saya pada mereka kerana tercampaknya saya di Segamat ini sudah pasti meninggalkan bekas di hati saya. Namun itulah yang telah berlaku di zaman kerajaan Islam Madinah. Para sahabat betebaran ke seluruh pelusuk dunia bagi menyebarkan dan menegakkan syiar islam di negara yang belum dibuka. Mungkin juga ia boleh dijadikan sebagai ibroh bagi kita yang berada di medan amal ini.

Selesai menonton konsert Demimu al-Aqsa, saya bersama rombongan Isma Melaka bermalam di rumah bujang Ikhwah di Nilai berdekatan sahaja dengan stadium Nilai tersebut. Kepenatan mengembara menyebabkan semua ahli rombongan tidur nyenyak pada malam itu. Selesai solat subuh kami telah disajikan dengan santapan rohani oleh al Fadhil Ustaz Sanusi, Timbalan Dekan Fakulti Quran Sunnah yang juga merupakan aktivis yang aktif bergiat dalam arena dakwah Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA). Ustaz telah menyarankan agar kita banyak melakukan ibadah sunat dan beristiqamah dengannya. Antara yang disarankan ialah solat sunat dhuha, zikir-zikir yang diamalkan Rasulullah, dan solat sunat witir sebelum tidur. Ini kerana ibadah sunat akan menambah bugarkan iman kita sebagai seorang mukmin yang beriltizam dengan agama Islam yang suci ini. Pada pagi itu telah diadakan perlawana persahabatn diantara Pembina Nilai dan Pembina Melaka.



Rombongan seterusnya meneruskan ziarah ke rumah qudama' yang mana hidupnya telah dimatangkan dengan dakwah sejak remaja lagi. Keinginan beliau yang tinggi telah mengangkat beliau sebagai golongan PROSTAZ iaitu Ustaz Proffesional yang mana beliau mempunyai dua ijazah. Beliau memegang ijazah sarjana muda kepujian kejuruteraan awam dari sebuah universiti di Australia dan ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang Syariah daripada Universiti al Azhar, Mesir.




Pasti pembaca tertanya-tanya apa signifikannya gambar kaunter bas Mara Liner dibawah. Nantikan update seterusnya. Bersambung....








Tuesday, July 13, 2010

Segamat Yang Baru Ku Langkah

Dengan azam dan tekad meneruskan perjuangan dalam rangka menamatkan pengajian ku dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, aku melangkah jua ke bumi Segamat suatu daerah di Johor Darul Takzim yg berasal darpada perkataan segar amat.

Asimilasi di tempat baru sudah pasti menguji kesabaran fizikal dan mental. Doakan semoga aku sentiasa tabah menghadapi segala rintangan hidup yg sudah ditentukanNya. Tak dapat menulis panjang namun cukuplah utk sekadar pengetahuan pembaca

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails