nuff

Thursday, April 7, 2011

Abah....Jumpa Di Sana..

Terlihat di memo kawanku dicatatnya 7 April "birthday mama". Aku pun wish la, selamat panjang umur untuk ibu kamu. Jam menunjukkan 6 petang,pensyarahku Mr Abu Thaher juga dah bersiap utk meninggalkan dewan kuliah. Namun fikiranku masih terganggu selepas aku mengucap selamat untuk ibu kawanku. Aku rasa ada sesuatu perkara yang penting pada tarikh 7 April ini tetapi aku masih tak dapat ingat. Namun aku terduduk sekejap selepas solat maghrib dan aku cuba ingat apa yang ada pada 7 April. Baru aku teringat. ABAH... ABAH.... ALLAH. Boleh terlupa aku tarikh kepergian abah, insan yang paling aku sayang.





Masih aku teringat 7 April ketika aku menuntut di Kolej Matrikulasi Arau, Perlis aku menerima berita yang senak menusuk jiwa, pedih meluluh jiwa tentang kepergian abah yang kucintai. Kawanku memaklumkan aku ketika aku sedang menunggu iqamah utk solat asar. luluh berderai jantung, lembik seluruh jasadku, berderai airmataku. Yang terpacul dibibirku hanya Allah... Allah.... Sedih toksah nak cerita. Solat asarku pada 7 April hanya berlinangan air mata berderai jatuh. Khusyuk entah ke mana. Hati berbaur antara sedih atau pasrah...

Mana taknya org yang paling kita sayang meninggalkan kita. Abah seorang yang aku sangat hormati. Arwah sangat penyanyang orangnya. Balik kerja kadang abah yang masak dan dia suapkan pulak dekat adik2. buka adik umur 2 tahun. adik adikku yang sudah tingkatan 2 jugak disuapkan. termasuklah along kesayangannya ni(saya). even masa form 5 masih merasa nasi suapan abah. Rindunya abah... Pada hujung tahun 2005 abah diserang penyakit saraf . ini telah mengganggu pejalanan sendi abah yang menyebabkan abah gagal berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi rodanya. Emosi abah terganggu, ketika abah di hospital abah banyak kali melakukan tindakan luar kawalan. mundar mandir dari wad ke wad, mintak dihantar pulang ke rumah sehingga satu hari pernah abah diikat oleh kakitangan hospital. Allah sedihnya. Kebetulan sekolahku terletak di bandar dan sejalan dgn hospital, pulang shj dari sekolah aku terus bergegas ke hospital. 2 minggu juga lamanya.




Dari kiri: arwah abah dalam bulatan

Aku paksa diriku mengulang kaji pelajaranku di hospital utk SPM dan tidur di lantai tingkat 7 hospital kuala terengganu. Begitu terbekas lagi kenanganku menjaga abah insan yang aku sayang. Berbalik kepada ceritakau di matrik setelah aku mendapat berita kematian abah aku terus bergegas ke bandar kangar utk membeli tiket bus ke kuala terengganu. bas aku pukul 8 malam namun perjalanan ke kuala terengganu mengambil masa 10 jam. aku hanya terbayang wajah abah di mataku. bacaan quran tak lekang dibibirku akau hadiahkan kepada arwah abah. bilalah bas ni nak sampai kata hati aku. jam 9 lebih ketika bas berada di Jitra kedah nenekku telefon. dia bertanya arwah abah ni nak kita kebumikan malam ni boleh ke? aku teringat la hadis nabi yang mengatakan 3 perkara yang harus disegerakan. salah satu adalah pengkebumian jenazah. aku sangguplah pertanyaan nenekku.

Bayangkan bagaimana perasaan aku bila saat terakhir sebelum arwah abah disemadikan aku tiada disisinya, alangkah hibanya hati ini. Besoknay setibanaya di kuala terengganu aku terus melulu ke pusara abah yang masih merah. berlinangan air mataku.... sedeih sukar diliahkan, sebak, sesak dan rasa macam lemas tak bernafas. namun aku redha inilah ketentuan tuhan. Walaupun kita tak bersua didunia ini abah, semoga Allah pertemukan kita di alam yang kekal abadi. Amin. Semoga roh abah dicucuri rahmat. Al Fatihah


Monday, December 13, 2010

Kelebihan Puasa hari Asyura

Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya : ﴿وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ﴾ bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”. Maksud Hari-hari Allah ialah Ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya Laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.

Dari hadis riwayat Muslim bebrunyi “إن عاشوراء من أيام الله..” bermaksud, “Sesungguhnya Asyura adalah dari Hari-hari Allah”. Dalam satu riwayat bermaksud, “… dengan nikmat Allah taala”.

Dalam satu hadis menyebut “هذا يوم عظيم يوم نجى الله فيه موسى وأغرق فرعون” bermaksud,“Hari ini adalah hari yang besar dimana Allaah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan Firaun”. Sabdanya lagi “يوم صالح هذا يوم نجى الله بني إسرائيل من عدوهم”bermaksud, “Hari ini ialah hari yang baik dimana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka”. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda“أظهر الله فيه موسى وبني إسرائيل على فرعون..” bermaksud, “Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel keatas Firaun”.يعني رمضان) وعن ابن عباس “ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء، وهذا الشهر (البخاري Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu bulan Ramadan”. Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.

Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah diantara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat.

Hari apakah kita disunatkan berpuasa Asyura ?

Kebanyakan Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada Hari Kesepuluh bulan Muharram kerana Nabi saw berpuasa pada hari tersebut dan menyarankan kepada para Sahabatnya agar berpuasa sedemikian. Imam Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan “Asyura” diambil dari perkataan Asyara bermakna “sepuluh” tapi dalam bentuk perkataan menunjukkan bersangatan (mubalaghah) dan mengagungkan (takzim). Ibnu Al-Munir mengatakan kebanyakan Ulamak mengatakan “Asyura” adalah Hari Kesepuluh. Rujuk juga kitab Fath Al-Bari. Malik, Ahmad, Ishaq dan lain-lainnya juga berpendapat demikian. Turut menyokong pandangan mereka adalah riwayat Ibnu Abbas ra ويؤيده ما رواه ابن عباس “أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بصوم عاشوراء يوم العاشر” (الترمذي: 755 حسن صحيح)، yang bermaksud, “Rasulullah saw menyarankan puasa Asyura iaitu Hari Kesepuluh” (hadis hasan sahih riwayat At-Tarmizi).

Ibadat puasa adalah salah satu tunggak Islam terpenting dalam membina rijal Dakwah dan generasi masadepan Islam yang gemilang.

Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa sunat pada Hari Kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas فقد سُئل ابن عباس عن صيام يوم عاشوراء فقال: إذا رأيت هلال المحرم فاعدد، وأصبح يوم التاسع صائمًا، قلت: هكذا كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه؟ قال: نعم (رواه مسلم: 1133 وأبو داود: 2446 والترمذي: 754 وأحمد: 1/239: 2135 صحيح) apabila ditanya tentang puasa Hari Asyura, dia berkata bermaksud, “Apabila kamu melihat anak bulan Muharram, kiralah hari-harinya dan jadilah seorang yang berpuasa pada Hari Kesembilan’. Aku bertanya, ‘Begitukah Rasulullah saw berpuasa?’. Dia menjawab, ‘Ya’’. (riwayat Muslim no 1133, Abu Daud no 2446, At-Tarmizi no 754, Ahmad no 239/1). Ibnu Al-Qayyim mengatakan yang disunatkan ialah Hari Kesembilan sahaja.

Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh bulan Muharram berdasarkan hadis “حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله! إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم “فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع” قال: فلم يأت العام المقبل حتى تُوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم (مسلم: 1134/133) bermaksud, “Pada hari Rasulullah saw berpuasa Hari Asyura (pada Hari Kesepuluh), para Sahabat ra berkata, ‘Ya Rasulullah, ia adalah hari yang disambut oleh orang-orang Yahudi dan Kristian, lalu Rasulullah saw bersabda, Tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada Hari Kesembilan jika aku masih hidup’. Sebelum tiba tahun depan Rasulullah saw wafat”. Oleh itu Imam Asy-Syafie ra, Ahmad dan sebahagian Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh agar tidak menyamai Yahudi dalam meraikan hanya satu hari sahaja. Dikalangan mereka ada yang mengatakan puasa Hari Kesembilan sebagai laangkah hati-hati agar tidak terlepas kelebihan puasa Hari Asyura.

Puasa mendidik jiwa pemuda pemudi Dakwah menjadi ikhlas kerana ia adalah ibadah yang tidak boleh dilihat oleh manusia yang lain, mendidik jiwa menjadi kental kerana ia adalah perbuatan yang melawan arus nafsu makan dan syahwat, mendidik jiwa menjadi penyayang kerana berlapar mengingat dan menginsafkaan dia akan kehidupan orang fakir dan miskin yaang sering dilanda kelaparan dan serba kekurangan.

Pendapat sebahagian Ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا” bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.

Ringkasnya, yaang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram.

Diriwayatkan bahawa generasi Islam terdahulu suka melatih kanak-kanak kecil berpuasa Hari Asyura dengan cara membawa mereka ke masjid dan membuatkan untuk mereka alat permainan di sana. Jika sesiapa dari mereka yang menangis kerana lapar, dia akan diberi alat mainan tersebut sehingga dia asyik bermain sehingga tiba waktu berbuka puasa (rujuk syarah hadis Muslim no 1136).

Kita berdoa kepada Allah swt agar diterima puasa dan amal ibadat kita di Hari-hari yang mulia ini, meningkatkan keperibadian Islam pada diri, keluarga dan masyarakat kita kea rah mendaulatkan kembali Islam di Negara, rantau dan dunia ini. Ameen.

Petikab Blog Ustaz Halim www.inijalanku.wp.com

Sunday, December 5, 2010

Sheikh Dr Said Ramadhan al Buti di Masjid Negeri Shah Alam




SHAH ALAM 29 Nov- Bertempat di Masjid Negeri iaitu Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah telah menerima kunjungan hormat Tokoh ilmuan besar iaitu Sheikh Dr Said Ramadhan al Buti dan beliau telah meninggalkan beberapa butir mutiara yg boleh dijadikan pedoman .

Mengenai biodata Dr Said. Untuk pengetahuan saudara/ri sekelian beliau di lahirkan di Negara Turki di perkampungan yg bernama ‘Jilka’ pada tahun 1929.Beliau mula belajar agama di Universiti Al-Azhar Mesir sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu Phd. Sehingga kini beliau telah menulis lebih kurang 40 buah buku dan yang masyur ialah ‘Fiqh Sirah’ yg menjadi rujukan seluruh dunia.

Saya sendiri berkesempatan melihat sendiri tokoh ini yg sebelum ini hanya saya kenali melalui pembacaan buku-buku karangan beliau iaitu Fiqh Sirah namun kali ini dapat berjumpa dalam keadaan yg dekat. Syukur pada Allah kerana mengurniakan kesempatan ini untuk saya.


Satu perkara lagi yang menarik tentang beliau adalah perwatakan yang tawaduk dan sangat berhikmah dalam menyampaikan saranan beliau.

Untuk Pengetahuan pembaca tajuk kuliah yang telah disampaikan pada malam tersebut ialah:

TAJUK: Jihad & Cara Menegakkan Daulah Islamiyyah

Petikan Kuliah as-Syeikh:

1. Umat Islam terlalu sibuk dengan perkara furu' (cabang) sehingga terlupa dan meninggalkan cita-cita besar untuk mengembalikan semula daulah Islam. Katanya lagi umat Islam perlu kembali kepada method fikrah yang sebagai muslim yang sebenar yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t dan telah disampaikan oleh baginda junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Ia memerlukan seorang muslim itu mengkaji bagaimana perjalanan sirah Nabi Muhammad dan para sahabat yang mana baginda telah dididik secara langsung oleh Allah s.w.t. Tambahnya lagi umat Islam juga perlu meneliti dan mengkaji bagaimana sifat, sikap dan akhlak generasi pertama juga melihat wasilah dakwah yang telah digunakan.

2. Jihad yang paling penting ialah jihad melawan nafsu dan syaitan yang membelenggu diri kita. Ini sangat penting kerana bermula dari sini kita membina peribadi Individu Muslim kemudian akan terbina Bait Muslim seterusnya masyarakat, negara dan sehinggalah peringkat yang seterusnya.

Mengenai tajuk kita yg berkisar tentang penegakan daulah Islam, sebenarnya para sahabat yang bersama Rasulullah di Makkah tidak pernah terlintas pun dalam pemikiran mereka tentang akan berlakunya penegakan sebuah negara Islam. Mereka hanya memperkukuhkan akidah dan keyakinan mereka kepada Allah dalam menerima seksaan dan tribulasi yang telah dikenakan musyrikin mekah terhadap mereka.

Akhirnya Allah telah memerintahkan Rasulullah dan umat Islam yg menerima seksaan di Mekah supaya berhijrah ke Madinah. Jelas ianya adalah satu arahan daripada Allah dan mereka akur walaupun berat hati mereka terpaksa meninggalkan anak, isteri, rumah dan harta benda mereka di Mekah untuk berhijrah ke Madinah. Mereka mengikut hijrah seperti yang dirancang Rasulullah untuk mentahkidkan arahan daripada Allah Rabbul Jalil walaupun belum tahu bagaimana untung nasib mereka di sana.

3. Ketika tiba di Madinah atas dasar persaudaraan yang hanya diletakkan kerana Allah kaum Ansar di Madinah dengan rela hati menyambut riang kedatangan rombongan kaum Muhajirin daripada Makkah. Ini kerana mereka telah mentahkidkan ubudiyyah dalam hati mereka yang begitu kuat sehingga melahirkan pengorbanan yang tinggi demi menegakkan syiar agama Allah s.w.t.

Apa yang penting yang ditekankan oleh as-syeikh ialah kejayaan Rasulullah telah menegakkan negara Islam Madinah adalah HADIAH daripada Allah s.w.t atas kesungguhan sahabat menerima taklif daripada Allah iaitu pertama, kesanggupan golongan Muhajirin yg meninggalkan semua anak, isteri dan harta mereka demi menyelamatkan akidah mereka dan kedua, kesanggupan golongan Ansar yang menerima dan meredhai kehadiran Muhajirin dan melayan mereka dengan penuh kasih sayang dan sanggup mengorbankan harta mereka, ada yg sanggup menceraikan isteri untuk diberi salah seorangnya kepada golongan Muhajir.

Sesungguhnya Allah telah mempertautkan hati mereka dan memperkukuhkan tali persaudaraan antara Muhajir dan Ansar atas dasar ubudiyaah kepada Allah agar syaitan tidak dapat merenggangkannya dengan mencucuk jarum permusuhan dan kebencian.

4.Wujudnya Daulah Islamiyyah semasa kebangkitan Islam merupakan janji Allah kepada mereka yang berkorban jiwa raga, anak isteri dan seumpamanya. Sebagaimana firman Allah yg bermaksud “ Kami akan gantikan keadaan takut mereka kepada keamanan”. Ini janji dan hadiah daripada Allah.
Kemudian, saat Daulah Islamiyyah mencapai kemuncak 2 perkara yg penting perlu kita kaji, selidiki, amati dan praktik dalam diri masing-masing, perkara tersebut ialah:

a. Wazifah.(Pangkat)
b. Hadiah.

.Sekiranya kita bertanyakan kepada 4 Khalifah agung, pernahkan mereka bermimpi untuk mendapatkan wazifah sebagai pemimpin selepas wafatnya Nabi Muhammad saw, ternyata tidak sama sekali. Ini semua ketentuan Allah.

Ini kerana mereka telah mentahkidkan ubudiyah dalam jiwa mereka sehingga pangkat dan hadiah tidak pun menjadi perkara yang terlintas dalam benak fikiran mereka. Semuanya dilakukan demi mendapat keredhaan Allah.

5. Bercakap mengenai penegakan daulah dala dunia realiti hari ini katanya lagi DAULAH ISLAM DILAHIRKAN BILA STABILNYA KEADAAN UMMAT. Ini sangat membuka mata saya sendiri dan meyakinkan saya bahawa penegakan daulah boleh diibaratkan seperti mendirikan sebuah rumah. Sebelum membina rumah mestilah memastikan tapak rumah telah dibina kuat dan kukuh. Jadi bila nak pancang tiang dan nak ikat bata tak berlaku isu tanah turun, atau rumah senget. Begitulah yang boleh dikiaskan dengan daulah. Jika Islam mendapat kuasa pada hari ini tetapi dengan keadaan umat Islam hari ini yang membimbangkan tak banyak benda yang kita boleh buat. Sesungguhnya Islam bukanlah agama yang terburu - buru dan orang yang bersikap terburu-buru mewarisi sikap syaitan.

Akhirnya kata beliau lagi kita tahu masalah daulah yang telah hilang sepenuhnya hari ini. Ia terjadi kerana kesilapan kita sendiri yang leka. Daulah yang dibina Rasulullah sangat kuat kerana baginda mentahkidkan mardhotillah tetapi bukan hanya mengimpikan daulah sahaja.

Katanya lagi kita sepatutnya sedar kesilapan kita dan umat islam perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita kepada Allah iaitu kembali kpd ajaran Islam yg sebenar. Kita sekarang perlu mengambil kembali HIKMAH kita yang telah hilang. Umat Islam juga perlu mengikuti bagaimana sikap golongan generasi pertama yang mentahkidkan ubudiyah dan hak dalam diri mereka.

Langkah penting sebelum bermimpi untuk menegakkan daulah adalah mendidik diri, keluarga dan masyarakat . Umat Islam perlu mengambil tanggungjawab mengetuk hati-hati mereka kepada ubudiyah. Keadaan umat yang bercakaran sesama sendiri juga boleh membahayakan saf-saf Islam.

Katanya lagi dalam mengimpikan daulah ialah " manusia sibuk dengan masalah penutup, tetapi bekas pun kita belum ada". Lebih baik mengukuhkan tauhid dgn ubudiyah kepada Allah dan jika perkara ini telah selesai barulah kita bercakap tentang perkara yang lebih besar. kita takut umat Islam terlalu banyak berangan tapi tak buat kerja. Tapi sudah pasti kita perlu melakukan sesuatu demi menegakkan kembali daulah Islamiyah yg telah hilang sepenuhnya.

Saya bertaubat kepada Allah dan memohon maaf jika ada kesilapan...




WAN HAFIZ SHAZELAN BIN WAN AZMAN
Mahasiswa Fakulti Perakaunan,
Universiti Teknologi MARA.






Saturday, July 24, 2010

Konsert Demimu Al-Aqsa dan Jaulah Isma Melaka




Sesungguhnya pada Allah jualah kita panjatkan kesyukuran. Lantaran nikmat dan rahmat Allah yang tidak terhingga kita masih mampu menghirup oksigen yang hanya percuma disediakan oleh Allah s.w.t. Tak pernahkah kita bayangkan jika Allah berkira dan tak pernahkah kita imiginasikan kalau kita mesti beli oksigen untuk meneruskan hidup sepertimana kita beli petrol untuk menghidupkan kenderaan. Sudah lama saya dan pembaca tidak bersua di alam maya ini. Moga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membuka ruang minda kita dan menghargai erti kehidupan. Bak kata ustaz Hasrizal, erti hidup pada memberi. Kalau tak silap la ye.

Alhamdulillah sepanjang 3 minggu berada di UiTM Segamat ini akhirnya diri ini sudah mampu mengadaptasi persekitaran dan kehidupan sebagai seorang mahasiswa di daerah yang agak terpencil ini. Namun sudah pasti ianya menyajikan suatu pengalaman yang luar biasa. Berlatar belakangkan Gunung Ledang yang mempersonakan, jauh dari hiruk pikuk kota Segamat mengajar suatu pengalaman baru pada diriku. Ia juga menjadi sumber inspirasi bagiku yang pastinya berjauhan dengan keluarga di Terengganu untuk terus mencipta sejarah dalam mencapai kecemerlangan dalam akademik. Doakan.

Pada hari Sabtu minggu lepas saya telah berkesempatan mengikuti rombongan Isma Melaka ke Konsert Demimu Al-Aqsa yang telah berlangsung di Stadium Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Romb0ngan telah bertolak dari Multimedia Universiti, Melaka pada jam 6 petang dan tiba di Nilai sekitar jam 7.15 petang. Sebahagian dari kami solat jamak taqdim di Masjid Nilai yang tersergam indah manakala sebahagian lagi mengambil keputusan untuk jamak takhir. Konsert Demimu Al-Aqsa telah dimulakan sekitar jam 8.30 malam.

Stadium Nilai telah dipenuhi lebih 3,000 orang penonton yang datang dari seluruh negara untuk menyaksikan konsert tersebut. Ianya telah diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan In Team, Mestica dan pasukan nasyid dari seberang iaitu tidak asing lagi kumpulan Shoutul Harokah. Konsert juga telah ditambah seri lagi dengan deklamasi sajak oleh Puan Anisah dan Prof Lim Swee Tin yang memabawa sebentar minda penonton berlegar di sekitar bumi Palestin. Pidato yang telah disampaikan oleh Encik Zaizul Azizi, selaku Ketua Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) juga begitu bersemangat ditambah pula dengan ucapan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad merangkap Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Saya dan kawan-kawan amat teruja dengan anjuran konsert yang sebegini rupa yang sedikit sebanyak sebenarnya selari dengan jiwa remaja dan darah muda. Pastinya wasilah dakwah kepada masyarakat itu ada pelbagai cara. Namun islam juga tidak menghalang umatnya terhibur selagi mana ia masih selari dengan landasan syariat dan tidak melampaui batas-batas syariat. Dengan pengagihan kawasan penonton lelaki dan perempuan ia telah menunjukkan sedikit kelainan daripada konsert-konsert yang biasa diadakan. Inilah yang sepatutnya diberi penekanan agar batas pergaulan dijaga dan berhiburlah selagi lagu-lagu yang disampaikan menyampaikan mesej yang baik kepada penonton.

Saat manis yang tidak dapat dilupakan adalah apabila dapat berkumpul dan berjumpa dengan saudara seperjuangan di konsert ini. Terubat la jugak rindu saya pada mereka kerana tercampaknya saya di Segamat ini sudah pasti meninggalkan bekas di hati saya. Namun itulah yang telah berlaku di zaman kerajaan Islam Madinah. Para sahabat betebaran ke seluruh pelusuk dunia bagi menyebarkan dan menegakkan syiar islam di negara yang belum dibuka. Mungkin juga ia boleh dijadikan sebagai ibroh bagi kita yang berada di medan amal ini.

Selesai menonton konsert Demimu al-Aqsa, saya bersama rombongan Isma Melaka bermalam di rumah bujang Ikhwah di Nilai berdekatan sahaja dengan stadium Nilai tersebut. Kepenatan mengembara menyebabkan semua ahli rombongan tidur nyenyak pada malam itu. Selesai solat subuh kami telah disajikan dengan santapan rohani oleh al Fadhil Ustaz Sanusi, Timbalan Dekan Fakulti Quran Sunnah yang juga merupakan aktivis yang aktif bergiat dalam arena dakwah Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA). Ustaz telah menyarankan agar kita banyak melakukan ibadah sunat dan beristiqamah dengannya. Antara yang disarankan ialah solat sunat dhuha, zikir-zikir yang diamalkan Rasulullah, dan solat sunat witir sebelum tidur. Ini kerana ibadah sunat akan menambah bugarkan iman kita sebagai seorang mukmin yang beriltizam dengan agama Islam yang suci ini. Pada pagi itu telah diadakan perlawana persahabatn diantara Pembina Nilai dan Pembina Melaka.



Rombongan seterusnya meneruskan ziarah ke rumah qudama' yang mana hidupnya telah dimatangkan dengan dakwah sejak remaja lagi. Keinginan beliau yang tinggi telah mengangkat beliau sebagai golongan PROSTAZ iaitu Ustaz Proffesional yang mana beliau mempunyai dua ijazah. Beliau memegang ijazah sarjana muda kepujian kejuruteraan awam dari sebuah universiti di Australia dan ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang Syariah daripada Universiti al Azhar, Mesir.




Pasti pembaca tertanya-tanya apa signifikannya gambar kaunter bas Mara Liner dibawah. Nantikan update seterusnya. Bersambung....








Tuesday, July 13, 2010

Segamat Yang Baru Ku Langkah

Dengan azam dan tekad meneruskan perjuangan dalam rangka menamatkan pengajian ku dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, aku melangkah jua ke bumi Segamat suatu daerah di Johor Darul Takzim yg berasal darpada perkataan segar amat.

Asimilasi di tempat baru sudah pasti menguji kesabaran fizikal dan mental. Doakan semoga aku sentiasa tabah menghadapi segala rintangan hidup yg sudah ditentukanNya. Tak dapat menulis panjang namun cukuplah utk sekadar pengetahuan pembaca

Monday, June 28, 2010

Kekuatan Ukhuwah Dalam Dakwah


Imam Hasan Al Banna mengatakan, “Yang saya maksud dengan ukhuwah adalah terikatnya hati dan ruhani dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan dan semulia-mulianya. Ukhuwah adalah saudaranya keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kembarnya kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan kesatuan; tidak ada kesatuan tanpa cinta kasih; minima cinta kasih adalah kelapangan dada dan maksimanya adalah itsar (mementingkan orang lain dari diri sendiri).”[1]

Al Akh yang tulus,” lanjut beliau, “Melihat saudara-saudaranya yang lain lebih utama daripada dirinya. sendiri, kerana ia, jika tidak bersama mereka, tidak dapat bersama yang lain. Sementara mereka, jika tidak dengan dirinya, dapat bersama dengan orang lain. Dan sesungguhnya serigala hanya makan kambing yang terlepas sendirian. Seorang mukmin dengan mukmin lainnya ibarat sebuah bangunan, yang satu mengukuhkan yang lain.”[2]

Ukhuwah dalam gerakan da’wah akan mengukuhkan dan memantapkan tapak serta gerak langkah jama’ah dalam mewujudkan proses perjuangan mewujudkan tujuan-tujuan da’wah. Jumlah anggota yang banyak dalam jama’ah perlu diikat dengan ikatan ukhuwah yang kukuh untuk menyatukan jalan dan meminimakan masalah dalaman yang disebabkan perbezaan pandangan dalam masalah-masalah cabang.

Imam Hasan Al Banna menetapkan tiga asas ikatan ukhuwah, yakni ta’aruf, tafahum, dan takaful. Tentang ta’aruf, saling mengenal, beliau menasihatkan untuk saling mengenal dan saling berkasih sayang dengan ruhullah, menghayati makna ukhuwah yang benar dan utuh di antara sesama anggota, berusahalah agar tidak ada sesuatu pun yang merenggangkan ikatan ukhuwah, dan menghadirkan selalu bayangan ayat-ayat Al-Qur'an dan hadits tentang ukhuwah.

Tentang tafahum, saling memahami, beliau berpesan bahwa ia adalah pilar kedua dalam ukhuwah. Beliau menasihati untuk istiqamah dalam manhaj yang benar, menunaikan apa-apa yang diperintahkan Allah kepadanya, dan tinggalkan apa-apa yang dilarang, melakukan muhasabah diri dengan muhasabah yang detail dalam hal ketaatan dan kemaksiatan, setelah itu bersedia menasihati saudaranya yang lain. Hendaklah seseorang menerima nasihat saudaranya dengan penuh rasa suka cita dan ucapkan terima kasih padanya.

Tentang takaful, saling menanggung beban, yang merupakan asas ketiga, beliau berpesan agar saling memikul beban sebagian yang lain. Demikian itulah fenomena konkrit iman dan intisari ukhuwah. Hendaklah sebahagian dari mereka senantiasa bertanya kepada sebahagian yang lain (tentang keadaan kehidupannya). Jika didapati padanya kesulitan, segeralah memberi pertolongan selama ada jalan untuk itu, serta mengimani tentang hadits-hadits tentang tolong menolong dan fadhilahnya.[3]

Tingkatan tertinggi dalam berukhuwah adalah itsar, yakni mendahulukan kepentingan saudaranya di atas kepentingannya sendiri.

Sedikit berbeza dengan Imam Hasan Al Banna, Dr. Abdul Halim Mahmud menyebutkan tahap-tahap ukhuwah sebagai berikut: ta’aruf (saling mengenali), ta’aluf (saling bersatu), tafahum (saling memahami), ri’ayahatau tafaqud (perhatian), ta’awun (saling membantu), dan tanashur (saling menolong).

Ta’aluf bererti bersatunya seorang muslim dengan muslim yang lainnya, atau bersatunya seseorang dengan orang lain.



Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Ali Imran: 103)

Pengertian ri’ayah atau tafaqud adalah, hendaklah seorang muslim memperhatikan keadaan saudaranya agar bersegera memberikan pertolongan sebelum saudaranyanya tersebut memintanya, kerana pertolongan yang merupakan salah satu hak saudaranya yang harus ia tunaikan. Di antara bentuk perhatian adalah menutupi aib saudara muslimnya, berusaha menghilangkan kecemasannya, meringankan kesulitan yang dihadapinya, dan membantunya dalam memenuhi keperluan, serta menjalankan kewajipan-kewajipan yang ditetapkan Islam atasnya untuk saudaranya itu.

Dari Abu Hurairah, Nabi bersabda, “Hak seorang muslim yang harus dipenuhi oleh muslim yang lain ada enam.” Ditanyakan, “Apakah keenam hak itu, wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Jika engkau berjumpa dengannya, maka ucapkanlah salam; jika ia mengundang, maka penuhilah undangannya; jika ia meminta nasihat kepadamu, maka nasihatillah ia; jika ia bersin lalu memuji Allah, maka ucapkanlah yarhamukallah; jika ia sakit, maka kunjungilah; dan jika ia mati, maka antarkanlah jenazahnya.” (HR Muslim)

Tanashur masih sejenis dengan ta’awun, tapi memiliki pengertian yang lebih dalam, luas, dan menggambarkan makna cinta dan kesetiaan. Seseorang tidak akan menjerumuskan saudaranya, kepada sesuatu yang buruk, tidak pula membiarkannya saat ia menghadapi suatu masalah yang tidak membahayakan orang lain; mencegah dan menolongnya dari bisikan syaitan; menolongnya dari orang yang menghalanginya dari hidayah; serta menolongnya saat menzhalimi dan dizhalimi.

Beliau mengatakan, “Ukhuwah dalam islam menempati posisi yang tinggi, tidak ada suatu perkara yang melampauinya, kerana ia merupakan batu-bata bagi tegaknya bangunan perjuangan Islam. Kita tidak akan dapat membayangkan bahwa ada suatu aktiviti untuk memperjuangkan Islam yang boleh dilakukan oleh seseorang secara individu akan memberikan hasil yang memuaskan, dalam erti kata mewujudkan sasaran terbesar dari aktiviti ini, yaitu kemenangan Allah di muka bumi. Demikian pula aktivitas yang dilaksanakan sejumlah orang, jama’ah, atau beberapa jama’ah tidak mungkin berhasil, kecuali di antara mereka terjalin hubungan ukhuwah dalam Islam yang akan membantu terwujudnya sikap saling memahami, saling membantu, dan saling menolong. Atas dasar itu semua, Islam menjadikan persaudaraan dalam iman sebagai asas aktivitas perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi ini.”[4]

[1] Risalah Ta’alim, dari Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin

[2] ibid

[3] Risalah Nizhamul Usar, dari Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin

[4] Fiqih Ukhuwah: Merajut Benang Ukhuwah Islamiah


Wednesday, June 9, 2010

Seruan Ikhwan Muslimin Terhadap Isu Palestin Terkini


Ikhwanul Muslimin dan Persatuan Ulama Muslimin Sedunia menyeru semua bangsa Arab dan Islam, segala parti politik dan semua tenaga kekuatan kebangsaan serta manusia-manusia merdeka di dunia ini, lelaki mahupun wanita, warga tua mahupun pemuda, kami menyeru mereka untuk mempamer dan mengungkapkan penolakan secara aman mereka terhadap jenayah tak bertamaddun yang amat jelek ini.

Ikhwanul Muslimin dan Persatuan Ulama Muslimin Sedunia menyeru mereka agar mempergiatkan demonstrasi pada hari Jumaat akan datang. Ikhwanul Muslimin dan Persatuan Ulama Muslimin Sedunia turut mengundang para khatib di masjid-masjid untuk mengecam jenayah besar ini dengan menjadikan hari tersebut sebagai hari kemarahan rakyat muslim menentang musuh Zionis juga sebagai hari sokongan kepada rakyat Gaza yang ditindas namun tetap tabah lagi sabar.

Dalam hal ini, kami menyeru seluruh umat agar:

1) Bertindak dan memberi tekanan berkesan melalui pandangan umum dan wahana yang aman ke atas pentadbiran dan kerajaan-kerajaan Arab dan Islam agar mereka memainkan peranan dan tanggungjawab untuk menghentikan malapetaka ini, di samping menegaskan bahawa Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa merupakan tanggungjawab semua orang Arab dan Muslim, dan tidak boleh dijadikan bahan tawar menawar dalam perundingan.

2) Menggerakkan organisasi-organisa si antarabangsa dan tempatan serta agensi-agensi masyarakat madani untuk menghentikan segala perancangan Zionis dan memadamkan percubaan mereka untuk mencetuskan perang dunia sebagaimana yang mereka lakukan sebelumnya dalam sejarah.

3) Peri perlunya memutuskan hubungan dengan musuh Zionis sama ada dari segi politik, diplomatik mahupun ekonomi, termasuk segala tindakan berkaitan seperti menyingkirkan duta-duta mereka, menghentikan segala proses normalisasi hubungan dengan mereka dan meningkatkan keberkesanan segala bentuk boikot.

4) Membatalkan segala perjanjian yang dimeterai sebelum ini dengan tujuan perdamaian yang didakyahkan antara Zionis dan negara-negara Arab dan Islam, di samping mengisytiharkan semua perlanggaran kini yang mencabuli perjanjian-perjanji an yang dijaja ini.

5) Menyeru semua anggota parlimen di Mesir dan negara-negara Arab serta Islam yang lain, termasuk Palestin agar mereka memainkan peranan aktif dalam menyekat perancangan Zionis untuk meng’Yahudi’kan Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa, serta mengaktifkan Biro Baitul Maqdis.

6) Mengisytiharkan Jumaat, 4 Jun 2010 sebagai hari kemarahan antarabangsa oleh semua bangsa Arab, Islam dan golongan merdeka di dunia, untuk semuanya bersatu berdiri dalam satu saf menentang Zionis, agenda dan pencerobohan mereka, juga pihak-pihak yang membantu atau menyokong mereka.

7) Melakukan seruan berterusan untuk mengulangi penyataan kemarahan menentang Zionis sebegini, sebagai satu kewajipan akhlak, kemanusiaan, cintakan tanahair, perundangan dan kebangsaan.

Kewajipan Keluarga Arab dan Muslim Dengan Isu Palestin

Pertama: Pendidik

- Meningkatkan pengetahuan tentang Palestin (geografi, sejarah, dll).
- Meningkatkan pengetahuan tentang penceroboh Zionis; mereka adalah manusia yang paling memusuhi kita.
- Mengetahui kedudukan Baitul Maqdis di sisi umat Islam.
- Mengetahui kefardhuan membebaskan Palestin dan Baitul Maqdis.
- Mendapatkan segala buku, penerbitan dan keluaran yang mendokong isu ini.
- Memperelokkan penyampaian maklumat yang diketahui berkenaan isu Palestin kepada anak-anak.

Kedua: Pelajar

- Diikat akidahnya dengan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
- Dididik tentang kefardhuan umat Islam membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
- Mengetahui geografi, sejarah dan politik Palestin.
- Mengetahui kewajipannya terhadap saudara-saudaranya di Palestin.
- Meningkatkan pengetahuan tentang Zionis dan dididik untuk membenci mereka lantaran mereka adalah manusia yang paling memusuhi kita.
- Menjadi teladan dari aspek keprihatinan, pemboikotan dan derma.
- Memperkenalkan isu ini kepada rakan-rakan, jiran tetangga, kaum kerabat dan keluarga.
- Mendermakan sebahagian dari belanja hariannya dan mengumpul derma daripada rakan-rakan dan kaum kerabatnya untuk Paletsin.
- Memboikot segala barangan Yahudi atau Amerika, dan mengajak orang lain untuk memboikot.
- Mempersiapkan kerohaniannya dengan solat fardhu berjamaah, qiamullail dan berdoa.
- Mempersiapkan fizikalnya dengan praktis latihan fizikal.
- Mendidiknya dengan sifat berani dan cintakan jihad.
- Memperkenalkannya tentang faktor-faktor kemenangan dan kekalahan.
- Membiasakan dirinya untuk berpuasa sehari dalam seminggu.
- Hidup dengan al-Quran dari aspek bacaan, hafalan, pemahaman dan aplikasi.
- Menyertai kegiatan-kegiatan sukan dengan nama kota atau syuhada’ di Palestin.
- Melakukan perjalanan-perjalan an untuk meningkatkan daya tahan dirinya.
- Menganjurkan dan terlibat dalam persidangan- persidangan khas berkenaan Palestin.
- Menyertai kegiatan-kegiatan budaya dan kajian berkenaan Palestin.
- Menghantar mesej peribadi berkenaan Palestin, kepada salah satu majalah atau surat khabar (sekali seminggu).
- Menyertai radio sekolah dengan berita atau lagu untuk Palestin.
- Menghafal dan mengulangi lagu untuk Palestin.
- Menyertai karnival dan keraian berkenaan Palestin.
- Mengadakan lelongan produk dan barangan anak-anak untuk disalurkan ke Palestin.
- Menyediakan tabung dan album Palestin dan mempergiatkannya.
- Terlibat dalam pengagihan album dan tabung, untuk memperkenalkan isu Palestin dan pengumpulan derma.
- Mengadakan buku skrap gambar dan maklumat untuk meningkatkan keprihatinan dan kesedaran terhadap isu ini.
- Memilih salah seorang saudaranya di Palestin sebagai ikon heroic, mengetahui maklumat berkenaan dirinya, membawa fotonya di dalam dompet, melekatkan foto itu pada nota, buku, dan meja.
- Meyakini pertolongan Allah kepada agamanya mengalahkan kebatilan Zionis.

Diterjemahkan oleh:
Ustaz Engku Omar bin Engku Amirudin
Sumber: Ikhwan Online

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails