nuff

Tuesday, July 13, 2010

Segamat Yang Baru Ku Langkah

Dengan azam dan tekad meneruskan perjuangan dalam rangka menamatkan pengajian ku dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, aku melangkah jua ke bumi Segamat suatu daerah di Johor Darul Takzim yg berasal darpada perkataan segar amat.

Asimilasi di tempat baru sudah pasti menguji kesabaran fizikal dan mental. Doakan semoga aku sentiasa tabah menghadapi segala rintangan hidup yg sudah ditentukanNya. Tak dapat menulis panjang namun cukuplah utk sekadar pengetahuan pembaca

Monday, June 28, 2010

Kekuatan Ukhuwah Dalam Dakwah


Imam Hasan Al Banna mengatakan, “Yang saya maksud dengan ukhuwah adalah terikatnya hati dan ruhani dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan dan semulia-mulianya. Ukhuwah adalah saudaranya keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kembarnya kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan kesatuan; tidak ada kesatuan tanpa cinta kasih; minima cinta kasih adalah kelapangan dada dan maksimanya adalah itsar (mementingkan orang lain dari diri sendiri).”[1]

Al Akh yang tulus,” lanjut beliau, “Melihat saudara-saudaranya yang lain lebih utama daripada dirinya. sendiri, kerana ia, jika tidak bersama mereka, tidak dapat bersama yang lain. Sementara mereka, jika tidak dengan dirinya, dapat bersama dengan orang lain. Dan sesungguhnya serigala hanya makan kambing yang terlepas sendirian. Seorang mukmin dengan mukmin lainnya ibarat sebuah bangunan, yang satu mengukuhkan yang lain.”[2]

Ukhuwah dalam gerakan da’wah akan mengukuhkan dan memantapkan tapak serta gerak langkah jama’ah dalam mewujudkan proses perjuangan mewujudkan tujuan-tujuan da’wah. Jumlah anggota yang banyak dalam jama’ah perlu diikat dengan ikatan ukhuwah yang kukuh untuk menyatukan jalan dan meminimakan masalah dalaman yang disebabkan perbezaan pandangan dalam masalah-masalah cabang.

Imam Hasan Al Banna menetapkan tiga asas ikatan ukhuwah, yakni ta’aruf, tafahum, dan takaful. Tentang ta’aruf, saling mengenal, beliau menasihatkan untuk saling mengenal dan saling berkasih sayang dengan ruhullah, menghayati makna ukhuwah yang benar dan utuh di antara sesama anggota, berusahalah agar tidak ada sesuatu pun yang merenggangkan ikatan ukhuwah, dan menghadirkan selalu bayangan ayat-ayat Al-Qur'an dan hadits tentang ukhuwah.

Tentang tafahum, saling memahami, beliau berpesan bahwa ia adalah pilar kedua dalam ukhuwah. Beliau menasihati untuk istiqamah dalam manhaj yang benar, menunaikan apa-apa yang diperintahkan Allah kepadanya, dan tinggalkan apa-apa yang dilarang, melakukan muhasabah diri dengan muhasabah yang detail dalam hal ketaatan dan kemaksiatan, setelah itu bersedia menasihati saudaranya yang lain. Hendaklah seseorang menerima nasihat saudaranya dengan penuh rasa suka cita dan ucapkan terima kasih padanya.

Tentang takaful, saling menanggung beban, yang merupakan asas ketiga, beliau berpesan agar saling memikul beban sebagian yang lain. Demikian itulah fenomena konkrit iman dan intisari ukhuwah. Hendaklah sebahagian dari mereka senantiasa bertanya kepada sebahagian yang lain (tentang keadaan kehidupannya). Jika didapati padanya kesulitan, segeralah memberi pertolongan selama ada jalan untuk itu, serta mengimani tentang hadits-hadits tentang tolong menolong dan fadhilahnya.[3]

Tingkatan tertinggi dalam berukhuwah adalah itsar, yakni mendahulukan kepentingan saudaranya di atas kepentingannya sendiri.

Sedikit berbeza dengan Imam Hasan Al Banna, Dr. Abdul Halim Mahmud menyebutkan tahap-tahap ukhuwah sebagai berikut: ta’aruf (saling mengenali), ta’aluf (saling bersatu), tafahum (saling memahami), ri’ayahatau tafaqud (perhatian), ta’awun (saling membantu), dan tanashur (saling menolong).

Ta’aluf bererti bersatunya seorang muslim dengan muslim yang lainnya, atau bersatunya seseorang dengan orang lain.



Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Ali Imran: 103)

Pengertian ri’ayah atau tafaqud adalah, hendaklah seorang muslim memperhatikan keadaan saudaranya agar bersegera memberikan pertolongan sebelum saudaranyanya tersebut memintanya, kerana pertolongan yang merupakan salah satu hak saudaranya yang harus ia tunaikan. Di antara bentuk perhatian adalah menutupi aib saudara muslimnya, berusaha menghilangkan kecemasannya, meringankan kesulitan yang dihadapinya, dan membantunya dalam memenuhi keperluan, serta menjalankan kewajipan-kewajipan yang ditetapkan Islam atasnya untuk saudaranya itu.

Dari Abu Hurairah, Nabi bersabda, “Hak seorang muslim yang harus dipenuhi oleh muslim yang lain ada enam.” Ditanyakan, “Apakah keenam hak itu, wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Jika engkau berjumpa dengannya, maka ucapkanlah salam; jika ia mengundang, maka penuhilah undangannya; jika ia meminta nasihat kepadamu, maka nasihatillah ia; jika ia bersin lalu memuji Allah, maka ucapkanlah yarhamukallah; jika ia sakit, maka kunjungilah; dan jika ia mati, maka antarkanlah jenazahnya.” (HR Muslim)

Tanashur masih sejenis dengan ta’awun, tapi memiliki pengertian yang lebih dalam, luas, dan menggambarkan makna cinta dan kesetiaan. Seseorang tidak akan menjerumuskan saudaranya, kepada sesuatu yang buruk, tidak pula membiarkannya saat ia menghadapi suatu masalah yang tidak membahayakan orang lain; mencegah dan menolongnya dari bisikan syaitan; menolongnya dari orang yang menghalanginya dari hidayah; serta menolongnya saat menzhalimi dan dizhalimi.

Beliau mengatakan, “Ukhuwah dalam islam menempati posisi yang tinggi, tidak ada suatu perkara yang melampauinya, kerana ia merupakan batu-bata bagi tegaknya bangunan perjuangan Islam. Kita tidak akan dapat membayangkan bahwa ada suatu aktiviti untuk memperjuangkan Islam yang boleh dilakukan oleh seseorang secara individu akan memberikan hasil yang memuaskan, dalam erti kata mewujudkan sasaran terbesar dari aktiviti ini, yaitu kemenangan Allah di muka bumi. Demikian pula aktivitas yang dilaksanakan sejumlah orang, jama’ah, atau beberapa jama’ah tidak mungkin berhasil, kecuali di antara mereka terjalin hubungan ukhuwah dalam Islam yang akan membantu terwujudnya sikap saling memahami, saling membantu, dan saling menolong. Atas dasar itu semua, Islam menjadikan persaudaraan dalam iman sebagai asas aktivitas perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi ini.”[4]

[1] Risalah Ta’alim, dari Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin

[2] ibid

[3] Risalah Nizhamul Usar, dari Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin

[4] Fiqih Ukhuwah: Merajut Benang Ukhuwah Islamiah


Wednesday, June 9, 2010

Seruan Ikhwan Muslimin Terhadap Isu Palestin Terkini


Ikhwanul Muslimin dan Persatuan Ulama Muslimin Sedunia menyeru semua bangsa Arab dan Islam, segala parti politik dan semua tenaga kekuatan kebangsaan serta manusia-manusia merdeka di dunia ini, lelaki mahupun wanita, warga tua mahupun pemuda, kami menyeru mereka untuk mempamer dan mengungkapkan penolakan secara aman mereka terhadap jenayah tak bertamaddun yang amat jelek ini.

Ikhwanul Muslimin dan Persatuan Ulama Muslimin Sedunia menyeru mereka agar mempergiatkan demonstrasi pada hari Jumaat akan datang. Ikhwanul Muslimin dan Persatuan Ulama Muslimin Sedunia turut mengundang para khatib di masjid-masjid untuk mengecam jenayah besar ini dengan menjadikan hari tersebut sebagai hari kemarahan rakyat muslim menentang musuh Zionis juga sebagai hari sokongan kepada rakyat Gaza yang ditindas namun tetap tabah lagi sabar.

Dalam hal ini, kami menyeru seluruh umat agar:

1) Bertindak dan memberi tekanan berkesan melalui pandangan umum dan wahana yang aman ke atas pentadbiran dan kerajaan-kerajaan Arab dan Islam agar mereka memainkan peranan dan tanggungjawab untuk menghentikan malapetaka ini, di samping menegaskan bahawa Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa merupakan tanggungjawab semua orang Arab dan Muslim, dan tidak boleh dijadikan bahan tawar menawar dalam perundingan.

2) Menggerakkan organisasi-organisa si antarabangsa dan tempatan serta agensi-agensi masyarakat madani untuk menghentikan segala perancangan Zionis dan memadamkan percubaan mereka untuk mencetuskan perang dunia sebagaimana yang mereka lakukan sebelumnya dalam sejarah.

3) Peri perlunya memutuskan hubungan dengan musuh Zionis sama ada dari segi politik, diplomatik mahupun ekonomi, termasuk segala tindakan berkaitan seperti menyingkirkan duta-duta mereka, menghentikan segala proses normalisasi hubungan dengan mereka dan meningkatkan keberkesanan segala bentuk boikot.

4) Membatalkan segala perjanjian yang dimeterai sebelum ini dengan tujuan perdamaian yang didakyahkan antara Zionis dan negara-negara Arab dan Islam, di samping mengisytiharkan semua perlanggaran kini yang mencabuli perjanjian-perjanji an yang dijaja ini.

5) Menyeru semua anggota parlimen di Mesir dan negara-negara Arab serta Islam yang lain, termasuk Palestin agar mereka memainkan peranan aktif dalam menyekat perancangan Zionis untuk meng’Yahudi’kan Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa, serta mengaktifkan Biro Baitul Maqdis.

6) Mengisytiharkan Jumaat, 4 Jun 2010 sebagai hari kemarahan antarabangsa oleh semua bangsa Arab, Islam dan golongan merdeka di dunia, untuk semuanya bersatu berdiri dalam satu saf menentang Zionis, agenda dan pencerobohan mereka, juga pihak-pihak yang membantu atau menyokong mereka.

7) Melakukan seruan berterusan untuk mengulangi penyataan kemarahan menentang Zionis sebegini, sebagai satu kewajipan akhlak, kemanusiaan, cintakan tanahair, perundangan dan kebangsaan.

Kewajipan Keluarga Arab dan Muslim Dengan Isu Palestin

Pertama: Pendidik

- Meningkatkan pengetahuan tentang Palestin (geografi, sejarah, dll).
- Meningkatkan pengetahuan tentang penceroboh Zionis; mereka adalah manusia yang paling memusuhi kita.
- Mengetahui kedudukan Baitul Maqdis di sisi umat Islam.
- Mengetahui kefardhuan membebaskan Palestin dan Baitul Maqdis.
- Mendapatkan segala buku, penerbitan dan keluaran yang mendokong isu ini.
- Memperelokkan penyampaian maklumat yang diketahui berkenaan isu Palestin kepada anak-anak.

Kedua: Pelajar

- Diikat akidahnya dengan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
- Dididik tentang kefardhuan umat Islam membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
- Mengetahui geografi, sejarah dan politik Palestin.
- Mengetahui kewajipannya terhadap saudara-saudaranya di Palestin.
- Meningkatkan pengetahuan tentang Zionis dan dididik untuk membenci mereka lantaran mereka adalah manusia yang paling memusuhi kita.
- Menjadi teladan dari aspek keprihatinan, pemboikotan dan derma.
- Memperkenalkan isu ini kepada rakan-rakan, jiran tetangga, kaum kerabat dan keluarga.
- Mendermakan sebahagian dari belanja hariannya dan mengumpul derma daripada rakan-rakan dan kaum kerabatnya untuk Paletsin.
- Memboikot segala barangan Yahudi atau Amerika, dan mengajak orang lain untuk memboikot.
- Mempersiapkan kerohaniannya dengan solat fardhu berjamaah, qiamullail dan berdoa.
- Mempersiapkan fizikalnya dengan praktis latihan fizikal.
- Mendidiknya dengan sifat berani dan cintakan jihad.
- Memperkenalkannya tentang faktor-faktor kemenangan dan kekalahan.
- Membiasakan dirinya untuk berpuasa sehari dalam seminggu.
- Hidup dengan al-Quran dari aspek bacaan, hafalan, pemahaman dan aplikasi.
- Menyertai kegiatan-kegiatan sukan dengan nama kota atau syuhada’ di Palestin.
- Melakukan perjalanan-perjalan an untuk meningkatkan daya tahan dirinya.
- Menganjurkan dan terlibat dalam persidangan- persidangan khas berkenaan Palestin.
- Menyertai kegiatan-kegiatan budaya dan kajian berkenaan Palestin.
- Menghantar mesej peribadi berkenaan Palestin, kepada salah satu majalah atau surat khabar (sekali seminggu).
- Menyertai radio sekolah dengan berita atau lagu untuk Palestin.
- Menghafal dan mengulangi lagu untuk Palestin.
- Menyertai karnival dan keraian berkenaan Palestin.
- Mengadakan lelongan produk dan barangan anak-anak untuk disalurkan ke Palestin.
- Menyediakan tabung dan album Palestin dan mempergiatkannya.
- Terlibat dalam pengagihan album dan tabung, untuk memperkenalkan isu Palestin dan pengumpulan derma.
- Mengadakan buku skrap gambar dan maklumat untuk meningkatkan keprihatinan dan kesedaran terhadap isu ini.
- Memilih salah seorang saudaranya di Palestin sebagai ikon heroic, mengetahui maklumat berkenaan dirinya, membawa fotonya di dalam dompet, melekatkan foto itu pada nota, buku, dan meja.
- Meyakini pertolongan Allah kepada agamanya mengalahkan kebatilan Zionis.

Diterjemahkan oleh:
Ustaz Engku Omar bin Engku Amirudin
Sumber: Ikhwan Online

Sunday, June 6, 2010

Disebalik Musibah Menimpa Pasti Ada Hikmahnya

BANTING 24 Mei- Persatuan Belia Islam Nasional Universiti Teknologi Mara (PEMBINA UiTM) zon Puncak Perdana telah mengadakan satu ziarah ke rumah salah seorang ahli yang telah ditimpa musibah. Hadir sama ialah setiausaha Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Shah Alam Saudara Sharizan Sumui .Saudara Ahmad Muhyidin Hashim telah mengalami kecederaan pada tangan kiri beliau di mana tangan kiri beliau patah akibat kemalangan yang telah dan menimpa beliau. Beliau yang secara kebiasaan sentiasa menggunakan tangan kiri untuk menulis dan membuat kerja-kerja harian terpaksa mengambil keputusan untuk menangguhkan peperiksaan yang sedang berlangsung ketika kemalangan menimpa beliau. Namun kelihatan saudara Muhyidin tenang menerima ujian yang menimpa beliau disamping mendapat bantuan seorang insan yang sentiasa berada disisi beliau iaitu ibu tercinta.

Dari kiri barisan hadapan: Sharizan; Mohd Naim; Wan Hazwan; Muhyidin; Zikri.
Dari kiri barisan belakang: Afiq; Ibrahim

Ertinya: “Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan; ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan-Nya, dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah: 156-157)

Khalifah Umar bin Khattab r.a. berkata: Sebaik-baik ucapan kemuliaan bagi orang yang ditimpa musibah adalah ucapan kedua ayat di atas, sebagaimana yang dijelaskan pula di dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
“Tiada suatu musibah pun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya.” (HR Bukhari)

Di dalam hadith yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Apa pun yang, menimpa diri seorang mukmin dari kepayahan, kesakitan, kesusahan dan apa pun keresahan yang dirasakannya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari keburukan-keburukannya.” (HR Muslim)


Sabdanya lagi yang bermaksud:
“Tiada musibah apa pun yang menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya.” (HR Bukhari & Muslim)

Imam Ahmad dari Yunus, dari Ibnu Saad, dari Yazid bin Abdullah, dari Amir bin ABu Amir, dari Muttalib, dari Ummi Salamah berkata: “Pada suatu ketika Abu Salamah mendatangiku setelah ia kembali dari menemui Rasulullah s.a.w., ia berkata: ‘Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang sungguh membuat saya berasa gembira, sebagaimana sabdanya, “Tidak ada musibah apa pun yang menimpa diri seorang muslim lalu ia membaca Istirja’ (Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un) pada saat musibah itu menimpanya, lalu ia berdoa seperti di bawah (melainkan Allah akan mengabulkan doanya);


*** Kelihatan wakil PEMBINA UiTM menyampaikan sedikit buah tangan tanda ingatan kepada saudara Muhyidin.


Ertinya: “Ya Allah, berilah kami pahala dari musibah ini, dan berilah kami ganti yang lebih baik dari musibah ini.”

Sesungguhnya Allah itu tuhan kita, Rabb yang Maha Mengetahui segala isi hati dan juga keperluan hambanya. Pasti Allah itu tidak kejam malah Dialah Yang Maha Adil. Atas setiap seuatu yang berlaku pasti ada rahmat dan hikmah yang terselindung yang tidak diketahui hambanya.

Kami mendoakan semoga saudara Muhyidin cepat sembuh dan kembali menjalankan tugas.


Friday, April 16, 2010

Dimanakah Solahuddin Yang Ditunggu



Hancur luluh hatiku mengenangkan ummat Islam hari ini ditindas, dicaci, malah dihinakan lebih teruk daripada binatang. Celakalah kamu wahai kuffar yang dengan tangan-tangan kamu yang hina kamu bantai saudara-saudaraku di Palestina, di Selatan Thailand, di Checnya dan seluruh pelusuk bumi. Kenapa kamu ini memang dilahirkan untuk memenuhi nafsu serakah, jiwa bak batu yang keras ditempa dengan apa pun tak bisa dipecahkan, perangai kebinatangan yang menguasai seluruh kehidupan kamu wahai kafir laknatullahhi alaih.

Aduhai ummat yang satu di bawah bendera Lailahaillah, wahai tentera Allah, dimanakah kalian. Membiarkan satu persatu saudaramu di Palestina dihenyak satu persatu, anak kecil tak berdoas dibunuh. orang tua dilayan seperti binatang. Inilah ketamadunan Barat yang kita sendiri sanjungi. Tak rindukah kalian ketika Islam memerintah dunia selama 1000 tahun lebih. Orang kafir yang kita rasa macam dah lam memerintah dunia hanya baru 86 tahun memerintah dunia. Jangan jadi bodoh wahai bangsaku, jangan kita ditipu oleh manuskrip2 sejarah yang ditulis kuffar.

Aku kekadang kesal ada sebahagian kawanku yang bila kita ceritakan tentang gemilangnya Islam suatu ketika dahulu mereka hanya mentertawakan aku. Jangan buta sejarah wahai ummat billion. Harapan masih ada. Orang kafir sedang menuju kehancuran rupanya. Sistem ekonomi riba yang begitu menindas sudah mula ditolak masyarakat.

Sistem kapitalis yang hanya berat sebelah menyebabkan jurang perbezaan pendapatan antara si kaya dan miskin sangat jauh bak langit dan bumi juga ummat dah tak percaya lagi. Sebaliknya kita lihat sistem ekonomi yang Islam sarankan . Sangat seimbang di mana bila seseorang mempunyai lebihan harta wajib ke atasnya untuk membayar zakat.
Zakat ini pula akan diagihkan sehingga orang yang susah boleh meneruskan kehidupan. Tapi hari ini zakat pula macam kena catu sedangkan duit belambak-lambak. Nasib orang miskin tidak pula dibela. Ada yang sampai miskin sangat sampai sanggup menggadai maruah.

Siapakah Solahuddin yang sepatutnya membantu ibu ini. Bak kata murobbiku hari ni orang bayar zakat bagi gula 2 kilo, gandum 3 kilo, biskut jagung adakah ini boleh bantu orang miskin. nasib ummat masih belum terbela. Kalau setakat macam ni mungkinkah aka wujud zaman seperti zaman Sultan Ummar bin Abd Aziz dimana takde sorang rakyatnya dibiarkan miskin melarat sedangkan harta baitulmal melimaph-limpah sampai pintunya tak boleh ditutup. Sekadar untuk membuka mata para pem,baca. Semoga kita sama-sama dapat jadikan semangat untuk tegakkan Deen Allah s.w.t di muka bumi ini. Maaf tak leh upload gambar. Internet lambat

Tuesday, March 16, 2010

Jam Usang Punah Banyak Ceritanya



Ke mana engkau pergi wahai permata?
Soal demi soal terjengah di benak akal kurnia tuhan,
Kadang aku pilu ditinggalkan mu.
Sedang aku mengejarmu, ku tahan agar kau tak pantas berputar,
Setiap kali ku tahan,
Sekian itu juga kau pergi,
Sedih, sayu, pilu ke mana kau pergi?

Kutatap jam rosakku di meja,
tidak pantas lagi ligat mengejar,
diam membisu bak mati usia,
alangkah indah jika masa mampu ditahan,
jika mampu ku tahan masa
dari berlalu pergi

Tunggu! Tunggu!
Pinta hati kecil ku,
namun mampu kah?
layakkah kita menangguhkan?
jika saat nyawa di hujung halkum,
tinggal menanti tika waktu bertemu sang pencipta
ku merinduimu
bila kita
bisa ketemu
ketika seluruh dunia rakus dan jiwa tenang
menghadapmu
hari yang kita sendiri belum tahu untung nasib kita

dimana emak?
dmana ayah?
harta, pangkat yang merantai jiwa kita dari tunduk pada
yang punya langit dan bumi,
malulah kalian,
aku turut malu
di hadapan million makhluk ciptaan tuhan
aku hanya satu dalam jutaan
Ya rabb, tunjukkan aku,
jalan menujumu,
kerna suatu masa
kita bakal bersua
di alam sana
kekal abadi
kabulkan
doaku
YA ILAHI


16 Mac 2010
3.55 p.m

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails