Bahtera Iman
nuff
Saturday, December 1, 2012
Update Blog First Time For 2012
Lama sungguh saya tak update blog ni.. rasa bersalah pon ada kerana tidak menggunakan medium yang ada ini untuk menyampaikan sesuatu. blog juga bagi saya merupakan satu medium yang agak berkesan untuk menyampaikan maklumat kpd manusia zaman kini.
tak banyak yang saya nak celotehkan hari ini. cukuplah sekadar membugarkan semangat saya utk kembali menulis di laman blog saya ni. buka blog selepas setahun meninggalkannya bagi saya melahirkan perasaan macam perasaan org yang pulang ke kampung halaman. Gembira, hiba, pilu... mcm2 la. hmm
Saya sebenarnya sedang membuat beberapa siri rakaman di soundclouds yang mana saya rasa ianya suatu hobi saya dan saya akan menggunakan medium ini juga utk berkongsi ilmu tarannum saya yang saya peroleh ketika menuntut bersama Dato; Hajjah Rogayah Sulong... InsyaAllah nantikan tarannumnya. jika tak byk dpt la sedikit sya berkongsi...
Walaubagaimanapun setakat ini rakaman soundclouds sya baru ada a few sahaja.. boleh la test2 hilangkan kebosanan... saya share linknya.. kalau sudi follow pon ok ja. saya mmg suka lagu2 Islamik yg berunsur ketuhanan... Bila nyanyi rasa ada ruhnya!!! kalau sudi bole follow soundclouds sya...
Lagu: Maharku Untukmu
http://soundcloud.com/hafiz-shazelan/maharku-untukmu-cover
Lagu: Muhasabah Cinta
http://soundcloud.com/hafiz-shazelan/muhasabah-cinta-1
Surah an Naba
http://soundcloud.com/hafiz-shazelan/surah-an-naba
Saturday, June 4, 2011
Kita Harus Ada Seni Halus
Hujung minggu ni rasa macam rajin sket nak menulis kat blog ni. biasa la kalo umah kita bersawang kita bersihkan, blog kita pun sama jugak. kalo dah banyak noo habuk ni kena lah bersihkan siket. Pejam celik pejam celik umur penulis telah menjangkau 23 tahun. rasanya tak lah tua sangat pon. Pagi ni aku bersarapan pagi murtabak spesial dekat kedai berhampiran landasan keretapi dengan azim, ex roomate kolej sampana riau UiTM Segamat. Beli murtabak sebijik share 2 orang. bukan sweet ke hape memang murtabak dia besau. tak larat nak ngabiskan.
Tuesday, May 31, 2011
Bukan gagal tapi tersasar
Saya sangat setuju kalau ini dikaitkan dengan kegagalan diri untuk meletakkan satu sasaran dan hala tuju yang jelas lagi ampuh. bukannya cita-cita kecil yang hanya bermain dipinggir bibir. bila kita bercakap tentang halatuju ia sudah pasti melibatkan dua matlamat. ini seperti yang Allah firmankan dan lazim kita membacanya dalam solat harian kita.
رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّا
RABBANAA AATINAA FID DUN-YA HASANAH, WAFIL-AAKHIRATI HASANAH, WAQINAA 'ADZAABAN NAAR
"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka." (QS. Al Baqarah: 201)
Doa kita ini adalah memohon untuk diberikan kebaikan di dunia dan juga kebaikan di akhirat. Paling utama yang perlu kita utamakan adalah matlamat akhirat yang akan kekal kita disana selamanya. Tanpa menidakkan amal usaha didunia dan kejayaan keduniaan. kita jadikan kejayaan di dunia kita sebagai jambatan untuk kita menuju akahirat.
Tetapi hidup ini satu pertempuran, satu peperangan yang pastinya ada yang kalah dan ada yang menang. begitu juga diri kita. kita ada wajah keimanan, ada wajah kegananasan, ada wajah kebinatangan dan ada juga wajah kesyaitanan. Ini semua berlaku dek kerana pertempuran yang besar dalam diri kita iaitu pertempuran di antara an nafs dan juga al wahy. iaitu diantara iman dan juga hawa nafsu.
Kegagalan dalam dua pertembungan inilah yang akhirnya mereflectkan pula kepada perangai zahir seseorang manusia itu. Abu Ammar dalam bukunya yang masyhur muntalaq menulis bahawa tidak akan berlaku percampuran di antara al wahy dan an nafs. pilihlah jalan yang lurus. Jika kita tersasar jangan la terus memudik kapal tanpa kompas. kelak merugi masa dan harta. Tanyalah pada orang yang tahu. sebelum kita menutup mata selama lamanya lakukanlah penambah baikan terhadap iman kita. isi kelompangan sana sini. carilah teman yang soleh sebagai pemandu jalan supaya kita tidak sesat dijalan. bukannya kita gagal atau sesat tetapi sedikit tersasar sahaja. scorer bola pun kadang2 tersasar juga kawan. salam
Thursday, April 7, 2011
Abah....Jumpa Di Sana..
Masih aku teringat 7 April ketika aku menuntut di Kolej Matrikulasi Arau, Perlis aku menerima berita yang senak menusuk jiwa, pedih meluluh jiwa tentang kepergian abah yang kucintai. Kawanku memaklumkan aku ketika aku sedang menunggu iqamah utk solat asar. luluh berderai jantung, lembik seluruh jasadku, berderai airmataku. Yang terpacul dibibirku hanya Allah... Allah.... Sedih toksah nak cerita. Solat asarku pada 7 April hanya berlinangan air mata berderai jatuh. Khusyuk entah ke mana. Hati berbaur antara sedih atau pasrah...
Aku paksa diriku mengulang kaji pelajaranku di hospital utk SPM dan tidur di lantai tingkat 7 hospital kuala terengganu. Begitu terbekas lagi kenanganku menjaga abah insan yang aku sayang. Berbalik kepada ceritakau di matrik setelah aku mendapat berita kematian abah aku terus bergegas ke bandar kangar utk membeli tiket bus ke kuala terengganu. bas aku pukul 8 malam namun perjalanan ke kuala terengganu mengambil masa 10 jam. aku hanya terbayang wajah abah di mataku. bacaan quran tak lekang dibibirku akau hadiahkan kepada arwah abah. bilalah bas ni nak sampai kata hati aku. jam 9 lebih ketika bas berada di Jitra kedah nenekku telefon. dia bertanya arwah abah ni nak kita kebumikan malam ni boleh ke? aku teringat la hadis nabi yang mengatakan 3 perkara yang harus disegerakan. salah satu adalah pengkebumian jenazah. aku sangguplah pertanyaan nenekku.
Monday, December 13, 2010
Kelebihan Puasa hari Asyura
Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya : ﴿وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ﴾ bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”. Maksud Hari-hari Allah ialah Ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya Laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.
Dari hadis riwayat Muslim bebrunyi “إن عاشوراء من أيام الله..” bermaksud, “Sesungguhnya Asyura adalah dari Hari-hari Allah”. Dalam satu riwayat bermaksud, “… dengan nikmat Allah taala”.
Dalam satu hadis menyebut “هذا يوم عظيم يوم نجى الله فيه موسى وأغرق فرعون” bermaksud,“Hari ini adalah hari yang besar dimana Allaah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan Firaun”. Sabdanya lagi “يوم صالح هذا يوم نجى الله بني إسرائيل من عدوهم”bermaksud, “Hari ini ialah hari yang baik dimana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka”. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda“أظهر الله فيه موسى وبني إسرائيل على فرعون..” bermaksud, “Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel keatas Firaun”.يعني رمضان) وعن ابن عباس “ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء، وهذا الشهر (البخاري Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu bulan Ramadan”. Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.
Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah diantara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat.
Hari apakah kita disunatkan berpuasa Asyura ?
Kebanyakan Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada Hari Kesepuluh bulan Muharram kerana Nabi saw berpuasa pada hari tersebut dan menyarankan kepada para Sahabatnya agar berpuasa sedemikian. Imam Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan “Asyura” diambil dari perkataan Asyara bermakna “sepuluh” tapi dalam bentuk perkataan menunjukkan bersangatan (mubalaghah) dan mengagungkan (takzim). Ibnu Al-Munir mengatakan kebanyakan Ulamak mengatakan “Asyura” adalah Hari Kesepuluh. Rujuk juga kitab Fath Al-Bari. Malik, Ahmad, Ishaq dan lain-lainnya juga berpendapat demikian. Turut menyokong pandangan mereka adalah riwayat Ibnu Abbas ra ويؤيده ما رواه ابن عباس “أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بصوم عاشوراء يوم العاشر” (الترمذي: 755 حسن صحيح)، yang bermaksud, “Rasulullah saw menyarankan puasa Asyura iaitu Hari Kesepuluh” (hadis hasan sahih riwayat At-Tarmizi).
Ibadat puasa adalah salah satu tunggak Islam terpenting dalam membina rijal Dakwah dan generasi masadepan Islam yang gemilang.
Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa sunat pada Hari Kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas فقد سُئل ابن عباس عن صيام يوم عاشوراء فقال: إذا رأيت هلال المحرم فاعدد، وأصبح يوم التاسع صائمًا، قلت: هكذا كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه؟ قال: نعم (رواه مسلم: 1133 وأبو داود: 2446 والترمذي: 754 وأحمد: 1/239: 2135 صحيح) apabila ditanya tentang puasa Hari Asyura, dia berkata bermaksud, “Apabila kamu melihat anak bulan Muharram, kiralah hari-harinya dan jadilah seorang yang berpuasa pada Hari Kesembilan’. Aku bertanya, ‘Begitukah Rasulullah saw berpuasa?’. Dia menjawab, ‘Ya’’. (riwayat Muslim no 1133, Abu Daud no 2446, At-Tarmizi no 754, Ahmad no 239/1). Ibnu Al-Qayyim mengatakan yang disunatkan ialah Hari Kesembilan sahaja.
Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh bulan Muharram berdasarkan hadis “حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله! إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم “فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع” قال: فلم يأت العام المقبل حتى تُوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم (مسلم: 1134/133) bermaksud, “Pada hari Rasulullah saw berpuasa Hari Asyura (pada Hari Kesepuluh), para Sahabat ra berkata, ‘Ya Rasulullah, ia adalah hari yang disambut oleh orang-orang Yahudi dan Kristian, lalu Rasulullah saw bersabda, Tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada Hari Kesembilan jika aku masih hidup’. Sebelum tiba tahun depan Rasulullah saw wafat”. Oleh itu Imam Asy-Syafie ra, Ahmad dan sebahagian Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh agar tidak menyamai Yahudi dalam meraikan hanya satu hari sahaja. Dikalangan mereka ada yang mengatakan puasa Hari Kesembilan sebagai laangkah hati-hati agar tidak terlepas kelebihan puasa Hari Asyura.
Puasa mendidik jiwa pemuda pemudi Dakwah menjadi ikhlas kerana ia adalah ibadah yang tidak boleh dilihat oleh manusia yang lain, mendidik jiwa menjadi kental kerana ia adalah perbuatan yang melawan arus nafsu makan dan syahwat, mendidik jiwa menjadi penyayang kerana berlapar mengingat dan menginsafkaan dia akan kehidupan orang fakir dan miskin yaang sering dilanda kelaparan dan serba kekurangan.
Pendapat sebahagian Ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا” bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.
Ringkasnya, yaang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram.
Diriwayatkan bahawa generasi Islam terdahulu suka melatih kanak-kanak kecil berpuasa Hari Asyura dengan cara membawa mereka ke masjid dan membuatkan untuk mereka alat permainan di sana. Jika sesiapa dari mereka yang menangis kerana lapar, dia akan diberi alat mainan tersebut sehingga dia asyik bermain sehingga tiba waktu berbuka puasa (rujuk syarah hadis Muslim no 1136).
Kita berdoa kepada Allah swt agar diterima puasa dan amal ibadat kita di Hari-hari yang mulia ini, meningkatkan keperibadian Islam pada diri, keluarga dan masyarakat kita kea rah mendaulatkan kembali Islam di Negara, rantau dan dunia ini. Ameen.
Petikab Blog Ustaz Halim www.inijalanku.wp.com
Sunday, December 5, 2010
Sheikh Dr Said Ramadhan al Buti di Masjid Negeri Shah Alam
SHAH ALAM 29 Nov- Bertempat di Masjid Negeri iaitu Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah telah menerima kunjungan hormat Tokoh ilmuan besar iaitu Sheikh Dr Said Ramadhan al Buti dan beliau telah meninggalkan beberapa butir mutiara yg boleh dijadikan pedoman .
Satu perkara lagi yang menarik tentang beliau adalah perwatakan yang tawaduk dan sangat berhikmah dalam menyampaikan saranan beliau.
a. Wazifah.(Pangkat)
b. Hadiah.
.Sekiranya kita bertanyakan kepada 4 Khalifah agung, pernahkan mereka bermimpi untuk mendapatkan wazifah sebagai pemimpin selepas wafatnya Nabi Muhammad saw, ternyata tidak sama sekali. Ini semua ketentuan Allah.
Saturday, July 24, 2010
Konsert Demimu Al-Aqsa dan Jaulah Isma Melaka
Sesungguhnya pada Allah jualah kita panjatkan kesyukuran. Lantaran nikmat dan rahmat Allah yang tidak terhingga kita masih mampu menghirup oksigen yang hanya percuma disediakan oleh Allah s.w.t. Tak pernahkah kita bayangkan jika Allah berkira dan tak pernahkah kita imiginasikan kalau kita mesti beli oksigen untuk meneruskan hidup sepertimana kita beli petrol untuk menghidupkan kenderaan. Sudah lama saya dan pembaca tidak bersua di alam maya ini. Moga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membuka ruang minda kita dan menghargai erti kehidupan. Bak kata ustaz Hasrizal, erti hidup pada memberi. Kalau tak silap la ye.
Pasti pembaca tertanya-tanya apa signifikannya gambar kaunter bas Mara Liner dibawah. Nantikan update seterusnya. Bersambung....